Sunday, 4 December 2011

Aktiviti Tak Dirancang

Syukur Alhamdulillah.
Banyak benda yang aku sempat buat hari ni.
Pagi urusan bisnes.
Petang bersama family.

Kalau ikutkan takde plan apa2 pun.
Balik dari Summit USJ tengahari tadi aku ingat nak rehat2 je.
Tapi boring plak takde apa nak buat.
So nak pergi lepak mamak la.
Isteri aku teringin nak pekena roti canai plak di waktu2 begitu.
Aku pun layan je la.
Bukannya jauh sangat.
Capai je baju apa yang ada terus gerak.
Tiba2 dalam kereta isteri aku boleh nak tukar plan pulak.
Dah lama tak makan roti canai Old Town katanya.
Aku terus menghala ke The Mines je.
Memang sedap pun roti canai dia.
Kari dia yang layan tu.
Tak percaya cuba la.
Sorry la Aidil.
Abah tak sempat nak pacakkan rambut sebab ingat lepak mamak je. Hehehe.

Selesai makan aku dan isteri layan Aidil main kat tempat permainan dalam tu.
RM3 je per entry.
Main la sampai lebam.
Takde siapa nak marah.
Sementara menunggu tu isteri aku sempat belasah Corn In Cup lagi.
Katanya..
Anak aku dalam perut yang nak makan bukannya dia.
Wallahualam.

Lepas tu dah alang2 ada kat The Mines
aku ingat nak layan boling barang se round dua.
Tapi full la pulak.
Ada tournament.
Tak sanggup nak tunggu.
So tak dapat la nak fight dengan isteri aku.
Tapi takpe la dah tahu pun keputusannya siapa yang akan menang.
Kalau aku main pakai tangan kiri pun keputusan tetap tak berubah. Haha.
Yang bestnya kat sebelah boling tu ada surau.
Aku ambil peluang la solat kejap.
Alhamdulillah dapat sorang kenalan baru waktu tengah queue nak ambil wudhu.
Mohd Razmi.
Kerja di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
InsyaAlah panjang umur dan ada rezeki nanti akan jumpa.
No fon dah ada tinggal call je.

Aktiviti terakhir sebelum kami balik.
Tapi masa tu Aidil dah pengsan la kepenatan.
Showtime.
Layan Ombak Rindu.
Ambil couple seat kali ni.
Kasi selesa sikit anak aku tidur.
Biar dia tidur lama sikit baru kami boleh fokus layan movie.
Tapi kiranya ni 1st time aku duduk couple seat.
Masa bercinta sebelum kahwin dulu pun tak pernah ambil seat ni.
Overall cerita Ombak Rindu ni memang best la bagi aku
walaupun aku tak pernah baca novel dia.
Isteri aku pun puas hati.
Dan yang lebih penting lagi kami semua enjoy.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...