Sunday, 4 December 2011

Bunian Lagi

Kebelakangan ni aku dan isteri tak berapa nak cukup tidur.
Anak aku Aidil ni suka buat perangai pelik sikit.
Pukul 3 ke 4 pagi baru nak tidur.
Padahal dari pukul 10 malam dah paksa dia tidur.
Kalau aku balik lewat pergi bisnes
mama dia la duk bergusti dengan dia berjam2.
Semalam pun sama.
Kebetulan ada tetamu datang bermalam kat rumah.
Aidil pun sama la duk melayan tetamu sampai 4 pagi.
Yang pelik bila orang bangun Subuh
dia pun sama bangun jugak.
Muka takde perasaan je.

Malam tadi baru dia tidur awal sikit.
Itu pun pukul 1 pagi.
Penat agaknya berlari sana sini sepanjang malam kat kampung Kajang dia.
Aku pergi sana semalam sebab pakcik aku ada buat kenduri doa selamat.
Sempena apa aku pun tak pasti.
Yang uniknya kaum Hawa yang buat bacaan Yassin beramai2.
Kaum Adam duduk luar jaga anak2. Hehehe.
Mungkin style kat situ memang macam tu kot.
Bab makan memang meriah.
Macam2 ada.
Satay (buat sendiri).
Nasi Lemak.
Mi / Mihun Sup.
Kuih Muih.
Dan macam2 lagi la aku pun tak ingat dah.
Itu yang dalam kereta masa perjalanan balik tu
Aidil dah tumbang.
Kekenyangan dan kepenatan agaknya.

Apa tidaknya seharian dia tak tidur.
Tengahari waktu aku keluar pergi McD
submit dokumen 2 orang member opis aku pun Aidil ikut sama.
Aku sibuk bincang dia pun sibuk main kat tempat permainan dalam tu.
Sampai aku ajak balik pun dia tak nak.
Lepas tu aku ada bisnes appoinment kat Restoran Al-Azwath.
So terpaksa la hantar Aidil balik dulu.
Kalau tak jawabnya aku tak boleh nak bercerita la.
Alhamdulillah kali ni positif.
Mudah2an tak bertukar jadi negatif
sebab banyak cas2 negatif kat sekeliling dia.

Okay lah aku pun nak out dulu.
Nak siap2 pukul 9 ni ada bisnes appoinment
dengan kawan aku yang aku demo kat Warung Bunian minggu lepas.
Kali ni dia nak bawa kawan dia.
Jumpa kat Warung Bunian jugak.
Kalau takde aral
InsyaAllah lepas tu aku akan terus ke USJ Taipan pulak.
Siapa2 free, jom.
Vietnam menanti anda.
Boleh call/sms aku.
010-2207181


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...