Wednesday, 21 December 2011

Perspektif Berbeza

Aku masih belum balik rumah.
Sekarang masih di Sri Serdang kat rumah mertua aku.
Mungkin kalau lewat sangat kami anak beranak tidur sini je malam ni.

Sebenarnya aku baru je sampai ni.
Tadi ada bisnes appoinment kat Restoran Maulana Sri Serdang.
Kebetulan memang dah dekat sangat dengan rumah mertua aku.
Kalau jalan kaki pun 3 minit dah sampai.
Aku jumpa kawan lama aku sama2 belajar kat UiTM Shah Alam dulu.
Dah lama plan nak jumpa dia sebenarnya.
Malam ni baru ada rezeki nak jumpa.
Tapi bukan rezeki dia untuk sama2 berjuang dengan aku dalam bidang perniagaan.

Dia punya pandangan yang tersendiri.
Dia pandang bisnes ni dari 1 sudut dan perspektif dia sendiri
tanpa menghiraukan pandangan orang lain.
Terpulanglah.
Tanggungjawab aku dah selesai.

Bila sebut pasal perspektif ni,
teringat aku pada 1 kisah lucu yang aku pernah terbaca dulu.


Kisah pasal Faizal dan Mimi kalau tak salah aku nama mereka.
Mereka berdua adalah pesakit di sebuah rumah sakit mental.
Suatu hari mereka berjalan di tepi kolam renang yang terdapat dalam hospital tu.
Tiba2 Mimi melompat masuk dalam kolam renang yang dalam tu
dan terus tenggelam.
Tanpa memikirkan keselamatannya,
Faizal terus terjun dan menarik Mimi ke permukaan air.
Dia berjaya menyelamatkan Mimi.

Keesokan harinya adalah hari pemeriksaan bagi Faizal
untuk menentukan keadaan mentalnya.
Pengarah hospital tu memberitahunya.
"Faizal saya ada berita baik dan berita buruk untuk awak.
Berita baiknya oleh kerana awak telah selamatkan Mimi semalam,
kami menganggap awak telah siuman.
Jadi awak boleh tinggalkan tempat ni dan kembali pada masyarakat.
Sementara berita buruknya pula,
Mimi yang awak selamatkan tu telah meninggal dunia
kerana menggantung dirinya di bilik mandi dengan tali pinggang sejurus selepas awak selamatkan dia semalam."

"Doktor, Mimi tidak menggantung dirinya sendiri." jawab Faizal.
"Saya yang menggantungnya sebab saya mahu mengeringkannya."

Hahaha.
Lebih kurang macam tu la ceritanya.
Persoalannya.
Faizal bersalah ke??
Faizal sebenarnya hanya nak tolong Mimi.
Dalam dunianya, dia hanya nak keringkan Mimi yang tengah basah kuyup tu.
Niat dia baik.
Cuma bagi kita apa yang Faizal buat tu adalah salah dan tidak boleh diterima.
Tetapi tidak bagi Faizal.
Kerana kita dan Faizal mempunyai perspektif yang berbeza.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...