Wednesday, 28 December 2011

Dari Mana Nak Ke Mana

Lepas kerja semalam aku terus ke Seri Kembangan.
Serba salah jugak nak tinggalkan opis sebab tengah ada kerja sikit.
Tapi tak boleh nak buat apa dah pun sebab kerja dah stuck.
Officer incharge pun dah balik.
Call tak jawab2.
So aku pun gerak jugak la.
Lagipun aku tak boleh nak buat kerja sebab PC aku ada orang nak pakai.
(Alasan je tu. Hehehe) 

Iwan dan Asyraf (bukan nama sebenar).
Aku jumpa mereka di Restoran Al-Rizwath lebih kurang pukul 6 petang.
Takde cerita lain yang kami bincangkan selain dari
bisnes bisnes dan bisnes.
Sebelum pukul 7 kami dah balik sebab aku nak kena standby.
Malam ada appointment di Kota Damansara pulak.

Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar.
Di Kota Damansara aku jumpa Kak Yati dan pasangannya.
Selesai urusan di sana aku terus ke USJ Taipan pulak.
Ada Bisnes Preview Akademi Taipan 181.
Aku sampai sana pun dah lewat.
Lebih kurang pukul 10.30 baru sampai.
CC Hamid dah sampai dulu.
Sempat shopping macam2 barang lagi kat stokis.
Setahu aku dia pun tengah sibuk yang teramat kat opis.
Terkejut jugak bila tiba2 muncul.

Apapun tahniah la pada yang hadir.
Sure terbakar habis bila terkena penangan pakar motivasi Akademi Taipan
Cikgu Dan Mentor Faridah Mohd Ali.
Khabarnya hari Khamis ni jam 8.45 malam dia ada bagi 1 slot khas secara percuma.
Tajuknya "Dari Mana Nak Ke Mana".
Siapa free datang la dengar sendiri.
Pasti tak menyesal punya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...