Wednesday 8 August 2012

10 Malam Terakhir

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Sedar tak sedar bulan Ramadhan begitu cepat berlalu.
Harini dah masuk 19 hari kita menjalankan ibadah puasa.
Mudah2an segala amalan kita diterima oleh Allah s.w.t.

Bila sebut pasal 10 malam terakhir Ramadhan,
sudah pasti semua umat Islam mengimpikan untuk bertemu Lailatul Qadar.
Malam Lailatul Qadar yang sering disebut sebagai malam 1000 bulan.
Bahkan sesiapa yang melakukan ibadah pada malam tersebut pahalanya sama dengan ibadah 1000 bulan.

Antara amalan atau ibadah yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir ini adalah seperti qiamulail, solat Isyak dan Subuh berjemaah, solat sunat Tarawih, iktikaf dala masjid, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir, beristighfar, muhasabah diri dan sebagainya.
Bagi wanita khasnya yang uzur kerana haid dan nifas masih boleh membangunkan malam-malam terakhir Ramadhan dengan berzikir, berselawat, beristighfar, mempertingkatkan sedekah dan lain2.
Mudah2an kita semua dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. 

 Firman Allah s.w.t : 
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. 
(Al-Qadr: 1-5).
 
Bilakah Berlaku Lailatul Qadar??
 
Sabda Rasulullah s.a.w : 
Carilah lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam terakhir di bulan Ramadan. 
(riwayat al-Bukhari di dalam sahihnya, 2017)
 
Dalam sabdanya yang lain baginda s.a.w menyebut: 
Carilah (lailatulqadar) pada 10 malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah Dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir. 
(riwayat Muslim di dalam Sahihnya, 1165).
 
Daripada kombinasi hadis di atas dapat disimpulkan bahawa
kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam ganjil bermula 10 malam terakhir Ramadan
terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29.
 
Wallahualam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...