Friday 18 November 2011

Perangkap Minda

Perangkap Minda.
Atau nama saintifiknya 9T1K.
Sumber ni aku dapat dari salah sebuah buku motivasi yang aku baca bulan lepas.
Dalam banyak2 perangkap kat dunia ni
inilah perangkap yang paling bahaya sekali.
Perangkap yang tak boleh dilihat dengan mata kasar.
Perangkap yang menjadi penghalang besar untuk seseorang mencapai kejayaan.
Awas!!
Kalau nak berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi
jauhi perangkap 9T1K ni.
Musnahkan 9T1K ni.
Ia dah lama terpasang dalam minda kita selama ni.

9T1K tu apa??
Apa yang 9T dan apa yang 1K
Tidak Tahu
Tidak Mahu
Tidak Suka
Tidak Boleh
Tidak Yakin
Tidak Berani
Tidak Mungkin
Tidak Penting
Tidak Minat
Kalau

Selagi kita masih terperangkap dengan benda2 ni
selagi tu lah hidup kita tak akan berubah.
Selagi itulah hidup kita tak akan maju.
Selagi itulah kita tak akan berjaya.

"Jika kita asyik melakukan apa yang selalu kita lakukan,
maka kita hanya akan dapat apa yang kita sudah ada."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...