Monday, 21 November 2011

Raja Berhari2

Hari ni aku cuti.
Tapak tangan kanan aku cedera sikit malam tadi.
Bangun pagi tadi pun bisa2 je.
Nak genggam tangan pun susah.
Tu yang terpaksa cuti.

Woi Azhar cedera tangan sikit pun nak cerita kat sini ke??
Haha sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ni.
Aku cuma teringat cerita masa aku nak bernikah Julai 2008 dulu.
Ada kena mengena dengan tangan jugak la.
3 hari sebelum aku bernikah,
aku kena langgar lari kat area opis aku.
Tu la hari terakhir aku kerja sebelum cuti kahwin.
Masa tu aku masih kerja kat Menara TH Perdana, KL lagi.
Tengah duk jalan kat depan Maybank Medan Tuanku
tiba2 ada 1 kete kancil dari arah bertentangan ternaik divider
dan hampir2 nak langgar aku.
Syukur la aku sempat elak.
Dia cuma langgar tangan je.
Boleh tahan kuat jugak la.
Amik kau bengkak terus.
Pergi klinik scan doktor kata takde apa.
Just kena urut je la.
Punya la sakit Allah je yang tahu.
Orang terpegang tangan aku pun aku dah menjerit.
Dalam kepala aku takda lain.
Macam mana la waktu akad nikah nanti.
Dah tentu tok kadi nak salam.
Yang tak tahan bila dia henjut nanti tu.
Tekanan perasaan aku masa tu.
Kalau boleh salam pakai tangan kiri kira selesai la masalah.
Tapi mustahil la kan.
Bila tiba masanya Alhamdulillah la tok kadi memang sporting.
Abah aku siap warning lagi tok kadi jangan salam kuat2.
Punya la tok kadi tu goyang sampaikan
masa akad tu dia yang tersasul.
Aku steady je. Hehehe.
Memang kenangan la.
Nak kata kenangan manis tak
kenangan pahit pun tak.
Suam2 kuku la.
Yang bestnya bila lepas majlis semua tu aku tak payah buat kerja apa2.
Aku memang nak tolong tapi semua orang tak bagi.
Diorang kata jangan buat kerja berat2
nanti makin teruk bengkak tangan aku tu.
So aku pun ikut la cakap mereka semua.
Aku rasa dah bukan macam Raja Sehari masa tu.
Aku jadi Raja Berhari2.
Hehehe
Nape tiba2 terselit gambar ni??
Ni gambar waktu kenduri sebelah aku.
Sebagai tanda penghargaan
pada semua Cikgu dan Mentor dalam Akademi yang sudi datang.
Abg Hamizul, Kak Normah, Kak Aisah, Kak Sarah, Kak Tini dan Abg Din.
Bukan senang nak tengok gambar Abg Din tanpa seutas rambut di kepala sebegini.
Hehe sorry ye Abg Din gurau2 je.
   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...