Sedar tak sedar dah hampir 2 tahun aku pakai kereta ni.
Dah lebih 40,000 km aku jalan.
Masa untuk servis kereta dah tiba.
Masa untuk servis kereta dah tiba.
Hari ni aku halfday.
Awal2 lagi aku dah apply
sebab banyak urusan yang nak diselesaikan.
Sebelum solat jumaat tadi aku ke USJ Taipan dulu.
Beli minyak enjin JTX 1000 untuk servis tadi.
Dah alang2 tu aku ada jugak beli barang2 lain yang kawan2 kirim.
Aku sampai bengkel lebih kurang pukul 2.30 petang.
Alhamdulillah kali ni tak ramai orang.
Aku minta dia check semua benda
dari A sampai Z.
Tukar la apa2 yang patut.
Minyak enjin je aku pakai sendiri punya.
Lama jugak aku kena tunggu tadi.
Bosan jugak la dibuatnya.
Nasib baik la fon aku tak henti2 bunyi.
Lepas sorang sorang call.
Kebanyakan yang call tu dari opis.
Ada lebih 5 orang aku rasa.
Semua tanya pasal kerja.
Sementara duk cakap fon tu macam2 jugak la yang dah kena tukar.
Minyak enjin and oil filter dah tentu la.
Air filter kena.
Minyak gear kena.
Setiap 20,000 km kena tukar.
4 botol pulak tu sekali tukar.
Yang tak tahan tu tiba2 tayar pun kena tukar.
Hari tu tukar yang depan.
kali ni yang belakang pulak.
Nampak pun macam dah nak kritikal tadi.
Alang2 tu tukar la terus.
Sebab lepas ni aku banyak nak jalan jauh.
Tapi bab duit pun terbang jauh jugak la.
Terbang macam tu je.
Sebiji RM500.
2 biji dah berapa.
Syukur la dapat diskaun RM50 sebiji.
Kira rezeki la tu.
Dalam sibuk2 tadi sempat jugak jumpa kawan bank aku.
Mula2 dia ingat aku kat Putrajaya so dia tunggu kat Anjung Parcel E.
Last2 dia datang jugak kat bengkel tu.
Nak bagi kat aku kelulusan pra kelayakan dana
untuk 2 orang bakal rakan niaga aku.
Aku yang minta benda tu setiap kali aku nak submit kat dia.
Aku malas nak buat 2 ke 3 kali kerja.
Kalau dah confirm lulus baru aku submit kat dia.
Alhamdulillah tadi dua2 lulus.
Rezeki mereka la.
Semakin hampir kaki mereka ke bumi Vietnam.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment