Thursday 8 March 2012

Selamat Hari Wanita

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah hatinya,
tempat dimana cinta itu ada..”


Di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya.
Betapa besar erti seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki.
Keindahan dan kecantikannya terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya.
Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.

Fitrah seorang wanita.
Lebih cepat menangis berbanding lelaki.
Jika wanita menitiskan air mata menangis,
sebenarnya ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata.
Air mata adalah pengganti.
Wanita adalah kejadian yang terindah yang dicipta bagi melengkapi kekurangan lelaki.

Oleh kerana istimewanya wanita di mata seorang lelaki,
aku nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia.
Terutamanya wanita yang telah melahirkan aku ke dunia ini.
Yang sanggup melayan kerenah aku sepanjang membesarkan aku iaitu ibuku.
Hajah Zaminah Bt Atan.
Tak lupa juga kepada wanita yang telah berjaya mencuri hati aku.
Yang telah bertakhta dalam hati aku selama ini iaitu isteriku yang tercinta.
Amellia Bt Ab Jalil.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2012



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...