Thursday 1 March 2012

Pengalaman 1 Hari

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Harini macam2 aktiviti yang aku kena buat.
Dalam masa yang sama sebenarnya aku belajar jugak la.

Pukul 8 pagi aku dah kejut Aidil bangun tidur.
Maklumlah mama dia masih kat hospital.
Aku la yang kena buat semua.
Mandikan dia.
Siapkan dia.
Dan macam2 lagi la.
Asalnya ingat nak bawa dia pergi hospital jumpa mama dia.
Tapi doktor tak galakkan pulak.
So aku tinggalkan je la Aidil kat rumah adik ipar aku.
Tapi sebelum nak tinggalkan dia tu kena la layan dia breakfast dulu.

Restoran Bintang Bistro.
Bukan main manja lagi dia minum susu pun nak kena berpangku.
Kat kedai makan pulak tu. Hahaha.

Rota canai 1 kasi garing ye.
Dah habis susu tunggu makanan pulak.

Makanan favourite dia ni.
Makan pulak nak pakai sudu.
Yang jatuh atas lantai lebih banyak dari yang masuk dalam mulut dia.
Aku ni pun kadang2 dia suap jugak.
Siapa yang pujuk siapa ni. Hehehe.

Selesai makan dan hantar Aidil kat rumah makcik dia,
aku terus gerak ke hospital hantar barang2 wife aku.
Kesian tengok tangan dia tengah masuk darah.
Sakit katanya.
Mudah2an cepat sembuh la hendaknya.

Aku tak stay lama sebab nak ke opis pulak.
Ikutkan aku cuti harini tapi sebab ada benda urgent masuk la kejap.
Nak siapkan report yang auditor dari Sirim tu minta.
Buat report tu sekejap je.
Yang lama tu duk tunggu big big bos untuk sign report tu dulu before bagi kat Auditor.
Dekat setengah jam jugak la tunggu kat opis dia akhirnya jumpa jugak.

Lepas tu terus shoot ke hospital balik masa lunch hour tu.
Tengok progress wife aku sambil tapau makanan dia.
Tak selera makan makanan hospital katanya.

Pukul 2 petang lebih sikit macam tu aku ke Putrajaya balik.
Jumpa member bank kat Foodcourt Presint 16.
Ada urusan bisnes sikit.
Dan ada 1 cerita yang agak best untuk dikongsikan.
Pasal perang bank kat Malaysia ni.
Tapi entry lain la ye.  

Selesai tu aku ke hospital balik semula.
Ada adik beradik nak datang melawat wife aku petag tadi.
Tak syok pulak kalau aku takde.
Lagipun nak jugak tengok kot2 wife aku dah boleh keluar ke.
Tapi harapan palsu semata2.

Balik dari hospital tadi aku ke Restoran Al-Ritzwath dulu.
Tapau Nasi Goreng Pattaya untuk dinner.
Kali ni sempat lepak dengan tauke restoran ni.
Deen nama dia.
Siap bagi no fon lagi.
Katanya boleh call dulu kalau nak order makanan.
Datang tinggal makan je tak payah tunggu lama.
Terbaeekkk la.
TQ bos.

Balik rumah je terus suap Aidil makan.
Bukan main selera lagi dia.
Perut dah kenyang malam ni harap2 tidur awal la.
Abah dah mengantuk ni.

Inilah antara aktiviti2 aku harini.
Full.
Penat pun ye jugak.
Tapi apa boleh buat redah je la selagi termampu.
Aku yakin Allah tak akan uji aku melebihi dari kemampuan aku.
Tak boleh cepat merungut.
Tak boleh cepat mengalah.
Yang penting kena positif dan berusaha untuk lebih dekatkan diri pada Allah.
InsyaAllah kekuatan akan datang dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...