Sunday 11 March 2012

Badminton All England

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Rasa cepat je masa berlalu.
Sedar2 esok dah Isnin.
Dah start kerja balik.
Macam tak terasa je Sabtu dan Ahad.

Alhamdulillah macam2 benda yang aku dapat selesaikan dalam 2 hari ni.
Semalam la full sehari suntuk.
Harini tak la busy sangat.
Biasa2 je.
Sebelah pagi aku dengan urusan akademi.
Petang tadi aku spend masa dengan family.
Bawa anak dan wife aku jalan2 kat Ampang.
Alang2 tu singgah rumah abah aku kat Pandan Indah.
Kakak aku masak special katanya.
Bak kata pepatah rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.
Kami terjah je la.
Bukan main seronok lagi anak aku dapat jalan2.
Tambah pulak dapat jumpa atuk dan cik Inda dia.
Bertambah happy la dia.

Dah penat jalan2 dan main, apa lagi si Aidil ni pengsan la.
Ni gambar yang cik Inda dia ambil.
Aku tak dapat nak snap gambar sebab kamera tak bawak pulak harini.
Dalam sibuk2 dengan family tadi,
ada pulak saudara yang tanya pasal BA dan BZF.
Alhamdulillah rezeki datang tanpa disangka2.
Cash and carry. Hehehe.

Ni baru je sampai rumah.
Nak layan Badminton All England sambil makan burger yang ditapau dalam perjalanan balik tadi.
Match yang dinanti antara jaguh negara Dato' Lee Chong Wei vs Lin Dan.
2 musuh tradisi di arena badminton dunia..
Mudah2an Dato' Lee Chong Wei akan menang malam ni.
Sekaligus dapat mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...