Friday 9 March 2012

Si Buta

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari tadi lepas solat Jumaat aku minum2 dengan member aku Syed kat cafe Anjung.
Tiba2 aku ternampak seorang yang agak tua dan buta tercari2 arah masuk ke dalam cafe tu.
Pergerakannya terbatas.
Bergantung pada tongkat setiap kali melangkah.
Dia tetap berjalan walau kadang2 terlanggar benda2 kat depan dia.
Kemudian ada seseorang yang datang membantu.
Pimpin dia dan bawa ke arah makanan.
Dia meraba2 mencari makanan yang dia nak sambil terus dibantu.
Kemudian dia duduk betul2 kat depan aku.

Jelas aku dapat lihat betapa sukarnya dia demi menyuap sesuap makanan ke mulut sendiri.
Macam mana dia pilih makanan??
Macam mana dia nak kira duit sebelum bayar??
Dia tak nampak apa2pun.
Aku tertanya2 sendiri.
Dalam hati aku terdetik.
Nak makan pun dah macam ni punya susah,
macam mana la agaknya dia menjalani kehidupan seharian.
Kehidupan di dalam dunia kegelapannya.


Ya Allah betapa bersyukurnya aku.
Aku lebih sempurna jika dibanding dia.
Aku masih mampu melihat.
Masih sihat tubuh badan.
Masih ada kekuatan dan ada daya.
Tak sama dengan hamba Allah yang buta tadi.
Dirinya keseorangan, tidak sempurna pada penglihatan.
Namun dia tetap berusaha ke hadapan tanpa kenal erti susah dan putus asa.
Dia tetap berjuang untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran.

Melihat kepada si buta tadi, aku tiba2 bersemangat.
Entah roh apa yang masuk dalam badan aku tadi aku pun tak tahu.
Orang yang buta pun masih mampu berjuang.
Biarpun dalam kegelapan dia tetap terus berjalan.
Halangan2 di hadapan dia anggap sebagai cabaran.
Kalau dia boleh, kenapa pulak aku tak boleh.
Aku masih punya kemampuan untuk berusaha.

Terima kasih Allah kerana membuka mataku.
Terima kasih Allah kerana memimpinku.
Terima kasih Allah kerana mempertemukan aku dengan si buta tu.

Kepada rakan2 seperjuangan khususnya rakan2 akademi baru dan lama,
usahlah berputus asa.

Pertama.
Itu bukan sikap seorang usahawan.
Jika rasa putus asa, sedarlah bahawa kita mampu bangkit kembali.
Lihat mereka yang serba kekurangan terutama yang cacat anggota.
Mereka tetap berusaha untuk ke atas dan ke depan.
Jika kita yang sempurna ni berputus asa,
maka sama je dengan orang yang tidak bersyukur terhadap nikmat yang Allah berikan.

Kedua.
Kita perlukan seseorang seperti rakan dan ahli keluarga yang boleh menyokong kita.
Atau sekurang2nya menasihati jika kita ada melakukan sebarang kesilapan.
Umpama orang yang memimpin si buta tadi.
Syukur la dalam akademi kita sentiasa dibimbing.
Namun sebaik2 pemimpin adalah ALLAH s.w.t.

Ketiga.
Kita perlukan bekalan.
Umpama tongkat yang membantu si buta itu.
Antara bekalan yang penting dalam bisnes kita ni adalah
ilmu, rakan, mentor, team, network dan produk yang berkualiti.

Kesimpulannya.
Jika kita berasa berputus asa, luangkanlah masa untuk bermuhasabah diri.
Mungkin rasa itu adalah isyarat bahawa ada kesilapan yang telah kita lakukan.
Kita sebenarnya tidak layak berputus asa kerana Allah telah memberikan pelbagai anugerah pada kita. Teruskan berusaha dengan gigih.
Sentiasa berfikiran positif, bersangka baik dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah.
Mudah2an kita akan berjaya bukan saje di dunia, malah di akhirat kelak.
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...