Flashback sikit.
Jumaat baru ni aku solat jumaat di Surau Presint 9, Putrajaya.
Maaf tak ingat pulak nama surau tu.
Kali ni sebelum pukul 1 tengahari aku dah sampai situ.
Surau masih lengang.
Parking kereta pun senang.
Actually entry kali ni aku bukan nak cerita pasal solat jumaat kat situ.
Aku just nak cerita pasal seseorang.
Aku asyik terkenangkan dia masa aku mula2 sampai kat surau tu kelmarin.
Banyak kenangan dengan dia kat situ.
Sekitar tahun 2006 & 2007 dulu aku dengan dia selalu solat jumaat kat situ.
Kadang2 naik kereta hitam aku.
Kadang2 naik kereta putih dia.
Lepas solat kami lepak minum kat mamak.
Kalau tak sempat, minum kat cafe bawah opis je.
Semua tu kini tinggal kenangan.
Macam tak percaya yg dia dah pergi buat selama2nya.
Macam tak percaya yg dia dah meninggal dunia dalam usia yg muda.
Rasa hiba je sepanjang aku kat surau tu kelmarin.
Terbayang2 saat berjemaah dengan arwah kat situ.
Fahrul Rizal atau aku lebih senang panggil Bob.
Gambar ni masa Majlis Pertunangan aku tahun 2007 dulu.
Arwah Bob antara rakan opis aku yg dapat hadir masa tu.
Arwah mmg rapat dengan aku.
Malah family aku pun senang dengan sifat arwah yg sgt peramah.
Setap kali tengok gambar ni rasa sayu je.
Aku sentiasa berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat.
Juga ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman.
Al-Fatihah
Alfatihah..
ReplyDelete1:1 بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
In the name of God, the Most Beneficent, the Most Merciful:
1:2 الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
Praise be to God, the Lord of the Universe.
1:3 الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
The Most Gracious, the Most Merciful.
1:4 مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
Master of the Day of Judgment.
1:5 إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
You alone we worship, and You alone we ask for help
1:6 اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Guide us to the straight path;
1:7 صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
The path of those whom You have favoured, not of those who have deserved Your anger, nor of those who stray