Saturday 10 November 2012

Minggu Mencabar

Lamanya menyepi.
Hampir seminggu tak menulis kat sini.
Banyak benda nak tulis sebenarnya cuma masa kurang mengizinkan.
 
Minggu yg sangat mencabar.
Hari2 penuh dengan aktiviti.
Kerja + ATM + Family
Memang nampak macam rutin biasa.
Tapi yg jadi luar biasa minggu ni bab kerja tu la.
 
Audit full day.
Kalau dah jadi auditee tu faham2 la.
Kena layan je la apa yg dia nak.
Berpantun entah berapa kerat kali ni aku pun tak pasti.
Meeting lagi.
Kadang2 pagi petang meeting.
Kalau dah nama meeting dah tentu kena buat report.
Kerja last minute lagi.
Tahu nak cepat je tapi hantar lambat.
Kalau boleh main buat macam tu je tak apa la jugak.
Ini jenuh pecah kepala nak kena fikir dulu.
Niat nak minta tolong.
Tapi cara nak minta tolong macam nak cari gaduh.
Sorry teremosi sikit.
Terbawa2 emosi sebelum ni.
Aku tengok muka geng2 aku masing2 pun ketat je.
Duduk dalam opis tapi muka macam duduk dalam hutan nak pergi berperang. Hehehe.
 
Masa kerja pun tak sempat nak duduk kat tempat sendiri.
So kerja atas meja memang tak berusik la.
Kadang2 bawa balik rumah.
Call in pulak tak putus2.
Sampai terpaksa beli charger fon baru la minggu ni letak kat opis.
Kalau ada yg call aku tak jawab tu, aku minta maaf la sangat2.
Bukan tak nak jawab tapi tak sempat nak jawab.
Aku tahu memang ada yg bising call aku tak dapat2.
Sms & wasap pun tak balas.
Apa boleh buat.
Hanya Allah Yg Mengetahui.
Dan macam2 lagi la kalau nak cerita semua tak habis.
 
Urusan ATM seperti biasa.
Demo, PT, closing semua macam biasa.
Cuma ada jugak la yg aku terpaksa cancel appointment sebab aku balik lambat.
Cerita gembira ada cerita tak gembira pun ada.
Nanti aku share lain since ada benda2 menarik yg nak ditulis.
 
Sebelah malam tu kalau aku tak ada apa2 & tak hujan, aku bawa la family keluar.
Makan2.
Window shopping sikit.
Balik tu solat segala terus pengsan.
Biasanya masa tu la aku update blog.
Pagi pun sama.
Pukul 3 ke 4 pagi tu biasanya lepas buat apa2 yg patut aku akan update blog jugak.
Tapi kali ni memang betul2 tak larat.
Pada aku sebenarnya bukan penat badan.
Cuma penat otak asyik kena paksa berfikir lebih dari kemampuan.
Tu yg jadi penat lain macam sikit.
 
Aku amik kesempatan ni nak minta maaf atas keterlanjuran kata2 atau perbuatan yg mungkin ada menyinggung perasaan siapa2 tanpa disengajakan.
Sebagai manusi biasa aku tak boleh lari dari melakukan kesilapan.
Jangan simpan dalam hati ye kawan2. Huhuhu.
 
Apapun aku tetap bersyukur.
Dah tertulis ini antara perjalanan dalam hidup aku.
Syukur atas segala nikmat.
Sabar atas segala dugaan & cabaran.
Besar ganjarannya kelak.
InsyaAllah.
 
Azhar
019-6696181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...