Hari ni aku pilih untuk solat jumaat di Masjid UPM Serdang.
Lebih kurang 15 minit dari rumah aku.
Masjid tak penuh.
Mungkin sebab ramai yang pulang ke kampung
sempena cuti hujung minggu yang panjang.
Khutbah kat masjid tadi menarik minat aku.
Menarik perhatian aku.
Jemaah yang selalunya tunduk je khusyuk mendengar khutbah
tapi hari ni semua segar pulak.
Mungkin cara penyampaian yang agak menarik.
.Pasal kejayaan dan kegagalan.
Pasal kemenangan.
Pasal perjuangan.
Pasal sikap manusia yang mudah berputus asa.
Kegagalan jika kita berasa lemah.
Kejayaan jika kita tidak berputus asa.
Itu antara petikan dari khutbah tadi.
Semoga menjadi iktibar buat diri aku sendiri.
Tak kira dalam apa jua bidang yang aku ceburi.
Bidang pekerjaan.
Bidang perniagaan.
Terutamanya dalam kehidupan aku seharian.
Dalam perjalanan pulang aku singgah Giant Supermaket dulu.
Pergi Foodcourt tapau Nasi Ayam 4 bungkus.
Saje beli lebih kalau ada rezeki jiran boleh bagi.
Ni gerainya.
Nasi Ayam dia memang sedap.
Tadi terpaksa tunggu lama sebab nasi baru masak.
Sempat jugak la berborak dengan Tauke dia.
Tengku Hazanah.
Memang peramah.
Aku pun ambil la no telefon dia mana tahu kalau2 nak tempah nanti.
Sementara tunggu tu aku pergi tengok2 buku pulak
kat kiosk depan Foodcourt tu.
Niat di hati memang nak tengok je tapi terbeli jugak.
Beli 1 je.
Tajuk dia Harta Karun Akhirat.
Jap lagi nak keluar lagi.
Bermulalah episod Rumah Terbuka.
No comments:
Post a Comment