Monday, 26 September 2011

Rumah Terbuka

Alhamdulillah.
Dalam kesibukan semalam
dalam keadaan sedikit kekalutan
sempat jugak aku pergi Rumah Terbuka Pengetua Akademi Taipan
Kamarudin Mamat dan Kartini Mat Yaakob.

Selesai urusan di USJ Taipan pagi semalam
aku bersama rakan niaga terus pergi ke Masjid berhadapan Subang Parade
untuk menyelesaikan 1 lagi urusan lain.
Kemudian kami berkejar ke Serdang pulak
jumpa kawan yang dah setengah jam menunggu.
Seperti yang dijanjikan
tepat jam 12.30 aku dah berada di Seri Kembangan
menanti rakan2 niaga yang lain untuk pergi Rumah Terbuka tu.
Mereka tak tahu jalan
so kami konvoi la 5 kereta.
Patutnya ada lagi 3 kereta tapi Missing In Action pulak.
Kami sampai kat sana pun lebih kurang pukul 1 lebih.



Tahun ni tetamu agak ramai.
Sana sini beratur nak amik makanan.
Seperti biasa la yang paling dinanti2
kambing golek.
Orang sanggup beratur panjang
untuk dapatkan kambing golek.
Selain tu ada
Satay
Nasi Lemak
Nasi Manis
Laksa
Mee Kari
Mee Goreng
Kuih muih
dan macam2 lagi.
Yang tak datang memang rugi.
Makanan semua sedap2.
Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi jemput kami.
Semoga Allah memberi mereka rezeki yang melimpah ruah,
rezeki yang penuh dengan keberkatan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...