Friday, 23 September 2011

Jika dan Pilihan

Jika hujan,
Aku boleh merungut
Atau aku boleh bersyukur
kerana aku tidak perlu menyiram pokok.

Jika makanan aku tak sedap,
Aku boleh merungut
Atau aku boleh bersyukur
kerana aku mempunyai makanan.

Jika aku kurang sihat,
Aku boleh mengeluh
Atau aku boleh bersyukur
kerana aku masih bernyawa.

Jika aku mendapat khabar buruk,
Aku boleh menangis tanpa henti,
Atau aku boleh bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya.

Jika aku kurang kawan,
Aku boleh bersedih
Atau aku boleh menganggapnya sebagai peluang
untuk mencari kawan baru.

Jika aku membuat kesalahan,
Aku boleh membiarkannya begitu sahaja
Atau aku boleh memperbetulkannya
dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

Jika ilmu pengetahuan aku masih kurang,
Aku boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak mencapai cita2 ku
Atau aku boleh memulakan usaha mencari ilmu yang bermanfaat. 

Jika aku kekurangan wang,
Aku boleh bersedih
Atau aku boleh menjadikannya sebagai pendorong
untuk berusaha dengan lebih gigih dan bijaksana.

Jika aku ditimpa kesusahan,
Aku boleh menyalahkan orang lain
Atau aku boleh bersabar dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Jika impian aku belum tercapai,
Aku boleh mengalah
Atau aku boleh menilai diri dan perancanganku
dan memperbaiki kedua2nya.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...