Saturday, 24 September 2011

Feedback Dalam FB

Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur
masih sihat
masih bertenaga untuk terus bekerja pada hari2 cuti begini.
Aku baru selesai solat Subuh
tapi solat kat rumah je.
Patutnya pergi berjemaah kat Surau atau Masjid.
Bukan jauh pun.
Aku je yang malas.
Aku je yang suka bagi alasan.

Hari ni aku tak banyak temujanji.
10 pagi nanti kat Putrajaya
2 petang pun Putrajaya jugak.
Itu je setakat ni.
Pukul 4 petang kakak ipar aku buat Open House
kat Taman Equine je.
InsyaAllah akan pergi sebab memang tengah free.

1 benda menarik yang aku nak share.
Kalau jadi la 
mungkin malam ni aku jumpa sorang kakak ni dengan suami dia
kat Jusco Taman Equine.
Dia hantar mesej kat inbox FB aku semalam.
Katanya dia selalu baca blog aku.
Dari entry 1st sampai yang terbaru.
Cuma baru2 ni dia bengang kat aku.
Dia tak puas hati kat aku
pasal entry "Petunjuk Jalan Kejayaan" tu.
Katanya aku buat dia rasa serba salah.
Aku pun tak faham sebenarnya.
Aku rasa aku tulis biasa je.
Dah 2 ke 3 kali aku baca balik entry tu
macam takde apa2 je.
So aku nak jumpa dia.
Malam ni baru dia free
sebab siang banyak Open House.
Aku nak bagi je buku tu kat dia.
Sambil tu aku nak tau jugak apa yang buat dia bengang sangat tu.
Apapun aku nak ucapkan terima kasih kat dia
sebab sudi baca blog aku yang seberapa ni.
(Kalau akak tengah baca entry ni, jangan lupa 8 malam ni ye)


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...