Wednesday, 28 September 2011

Raya Dah Habis

Hari ni hari terakhir dalam bulan Syawal.
Esok dah masuk Zulkaedah.
Mudah2an segala amalan yang kita lakukan sepanjang Syawal
diterima oleh Allah SWT.
Berakhirnya Syawal bererti berakhir juga Hari Raya Aidilfitri.
Bersyukurlah kita kerana masih dipinjamkan nyawa hingga hari ni.

Raya dah habis.
Best tak raya tahun ni??
Dapat tak balik kampung jumpa orang tua??
Dapat tak beraya rumah sanak saudara dan rakan taulan??
Duit raya macam mana??
Banyak keluar ke banyak masuk??
Banyak debit ke banyak kredit??
Tak kisah la apapun yang penting kita happy.
Secara peribadi aku biasa2 je.
Raya tahun ni pun sederhana je.
Terima kasih la kepada yang sudi datang beraya kat rumah.
Maaf la kepada yang nak datang tapi aku takde kat rumah.
Dan maaf jugak kepada yang aku tak sempat nak pergi ke rumah masing2.
InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan aku datang.
Memandangkan raya dah habis
aku dah plan macam2 aktiviti.
Aku nak penuhkan jadual bulan Oktober nanti.
Plan yang dah lama tergendala.
Mudah2an segalanya dipermudahkan.
Mudah2 segala perancangan akan berjalan dengan lancar.
Aku hanya mampu merancang.
Allah yang menentukan.
Namun aku yang kena usahakan.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...