Sunday 18 September 2011

Terima Kasih Cikgu


Siti Sarah bt Mohd Yunus.
Aku panggil dia Kak Sarah.
Wanita Anggun Bergaya.
Anak baru 5 orang.
Ada orang kata muka dia macam Angelina Jolie.
Yeke??
Wallahualam.
Sendiri nilai ye.
Pertama kali berjumpa di Hotel Mines Resort & SPA.
Aku betul2 bersyukur kerana diperkenalkan dengannya.
Insan istimewa.
Insan hebat.
Insan yang sudi berkongsi peluang untuk aku mengubah kehidupan.
Insan yang telah membawa aku ke dunia perniagaan.
Insan yang telah membawa aku ke dunia Akademi Taipan.
Hasil tulisan tangannya di atas sehelai kertas putih ketika itu
masih aku simpan sehingga hari ni.
Betapa tinggi nilainya.
Kertas tu lah sumber inspirasi.
Kertas tu sebagai bukti
apa yang ditulis benar2 telah menjadi kenyataan.

Terima kasih sifu.
Terima kasih cikgu.
Aku banyak terhutang budi pada nya.
Aku masih ingat
Saat2 susah payah dia membantu aku.
Sanggup berhujan berpanas menaiki LRT turun ke KL.
Sanggup telefon aku hari2 untuk pastikan aku terus bersemangat.
Sanggup sms aku siang dan malam tanpa jemu.
Sanggup datang dari jauh ketika aku perlukan pertolongan.
Sanggup luangkan masa ketika aku terlantar kesakitan.
Sanggup tinggalkan anak2 dan suami untuk bantu aku dan rakan2.
Sanggup pulang lewat malam untuk beri ilmu pada kami.
Sanggup keluarkan wang ringgit untuk kami.
Macam2 lagi.
Terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah dia lakukan.
Semua itu tak akan dapat aku lupakan.
Tak akan dapat aku balas sampai bila2.
Allah je yang dapat membalas segala kebaikan tu.
Kadang2 aku terfikir.
Kalau aku tak diperkenalkan dengannya
mungkin hidup aku masih sama macam dulu.
Tiada perubahan.
Tiada pembaharuan.

Sebahagian kecil dari anak didik Kak Sarah

Kak Sarah dan suami

Anak2 Kak Sarah

Anak didiknya, Kak Aisah dari Kluang

Kakak aku, Inda

Aku dan isteri

Kak Latifah

Noraida dan anak2


1 comment:

  1. Kejayaan seorg 'anak murid' itu bkn hanya bersandarkan pd 'cikgu' yg mengajar shj,tetapi lebih kpd kecekalan, keazaman dan kesungguhan anak murid itu sendiri...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...