Saturday, 10 September 2011

Bonus Dah Masuk

Syukur Alhamdulillah.
Hari ni bonus dah masuk.
Rakan2 bisnes pasti tersenyum lebar.
Makin bersemangat.
Makin rancak berniaga.
Makin gembira di hari raya.
Tahniah semua.
Tahniah utk diri aku jgk.
Kalau tak.
Sakit jugak nak tunggu gaji hujung bulan.
Raya haritu dah banyak pakai duit.
Hari ni baru 10 haribulan.
Gaji pulak dalam 25 haribulan.
Lama lagi nak tunggu.
Tapi awas!!!
Duit raya anak jangan buat2 ter pakai pulak.

Berapa RM dapat untuk bonus bulan ni??
Banyak dari bulan lepas?
Atau kurang dari bulan lepas?
Yang penting kena bersyukur.
Bersyukur selepas berusaha.
Bukan bersyukur tanpa usaha.
Ada segelintir orang
Bersyukur dengan apa yang ada.
Dia rela tak buat apa2.
Takde usaha langsung untuk diri sendiri dan keluarga.
Kalau macam tu sampai bila2 takkan berubah.
Bagi aku pemahaman tu salah.
Memang betul kita kena sentiasa bersyukur.
Tapi kita kena lah usaha dulu.
Kena lah kerah tulang 4 kerat ni dulu.
Sentiasa berdoa pada Allah.
Lepas tu baru kita bersyukur dengan apa yang kita dapat.
Wallahualam.

Apapun.
Usaha harus diteruskan.
Jangan mudah berpuas hati andai bonus hari ni lebih besar dari bulan lepas.
Jangan mudah berputus asa andai bonus hari ni lebih kecil dari bulan lepas.
Kita berniaga.
Pasti ada pasang surutnya.
Kalau kita usaha lebih maka lebih la hasilnya.
Kalau kurang maka kurang la hasilnya.
Kita bukan berniaga yang boleh duduk diam dapat duit.
Sama2 kita usaha dan berdoa kepadaNya.
Moga rezeki ni diberkati.
Moga berterusan.
Dan melalui rezeki ini kita mendapat syafaat di dunia mahupun akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...