Friday, 9 September 2011

Raya, Giliran Aku

Rasanye masih belum terlewat untuk ucap
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin buat semua.

Kali ni aku nak cerita sikit pasal raya tahun ni.
Bila dah kahwin ni raya kena gilir2.
Tahun ni raya sebelah aku pulak.
Sejujurnya aku tak kisah pun.
Raya sebelah mana sekali pun sama jer.
Takde beza.
Ketiadaan arwah mak tetap terasa.

Biasanya pagi raya aku gi kubur arwah mak dulu kat Hulu Langat.
Lepas tu baru balik kampung.
Cuma raya tahun ni lain sikit.
Sehari sebelum raya aku dah balik kampung.
Rumah Paklong aku.
Di Parit Yaani, Batu Pahat.
Sebenarnya aku dah takde kampung.
Atuk/Nenek semua dah meninggal.
Ayah aku tinggal di Ampang.
Mertua di Serdang.
So rumah Paklong ni la aku anggap kampung.
Memang tahun ni saje balik awal.
Nak bagi anak aku rasa suasana beraya di kampung.

Halaman rumah Paklong.



Bersama keluarga Paklong.

Aidil di pagi Syawal.


Suka betul anak aku bebas jalan2 sana sini.
Maklumlah tahun ni baru dia dapat kaki.
Aku dan isteri jugak yang penat kejar dia.

Aku balik kampung hari Isnin sebelum raya tu dalam pukul 12 tengahari.
Asalnya nak bertolak pukul 10 pagi tapi kena selesaikan urusan bisnes dulu.
Maklumlah nak cuti panjang.
Alhamdulillah jalan langsung tak jem.
Pukul 12.50 dah sampai Restoran Jejantas Ayer Keroh.
Tapau KFC dulu untuk anak aku.
Solat Zohor kat situ lepas tu sambung balik perjalanan.
Dalam pukul 2 dah sampai Batu Pahat.
Aktiviti sepanjang beraya kat sana memang padat.
Dari pagi sampai ke malam
raya  raya  raya.
Kalau kat sana tengah malam pun masih boleh beraya.
Tengah malam pun masih boleh ketuk rumah orang.
Itu perkara biasa.
Bila2 masa jer boleh pergi beraya.
Berbeza kalau di KL.
Waktu siang pun tak pergi beraya.
Mesti nak tunggu Open House.
Kalau tak buat Open House jawabnya kuih kat rumah tu makan sendiri la.

Apapun beraya kat kampung memang meriah.
Masih banyak rumah saudara-mara yang tak sempat pergi.
Raya ke-3 aku dah balik KL.
Beraya sebelah isteri aku plak.
Kampung dia kat Kajang.
Senang je beraya kat sana tak penat.
Sebab rumah pakcik makcik dia sebelah2 jer.
Sekali turun terus boleh beraya 10 rumah.
Sebelah malam plak mereka buat pesta mercun.
Dekat 1 jam jugak la.
Anak aku yang paling happy.
Org lain duk terkejut bunyi mercun.
Dia boleh ketawa terbahak2.
Aku pun tak tahu apa yang dia fikir.
Yang penting dia enjoy.

Aku berdoa sgt2 pada Allah.
Moga kami sekeluarga diberi kesempatan
merasai kemeriahan Ramadhan & Syawal pada tahun depan.
InsyaAllah.
Amin.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...