Monday, 19 September 2011

Rezeki Mereka

Alhamdulillah.
Dalam kesibukan aku bekerja hari ni
sempat jugak aku uruskan 2 rakan sekerja aku
yang ingin memulakan perniagaan.

Kami berjumpa buat kali ke 3
di Restoran Sri Manis, Dengkil jam 1 tengahari tadi.
Kali pertama di Presint 16 Putrajaya sebelum Ramadhan.
Kali ke 2 di Restoran Yus, Sungai Ramal hari Rabu lepas.
Dan kali ke 3 tengahari tadi.
Selama ini
mereka dikelilingi rakan2 yang gagal
dibayangi rakan2 yang kecundang
dihantui cerita2 negatif
dimomokkan dengan kisah penyesalan dan kekecewaan.
Namun bersyukurlah pada Allah
kerana Allah itu Maha Kuasa.
Dia mampu mengubah segalanya.
Dia telah memberi kita kekuatan
untuk berani melangkah
berani berubah
berani berhijrah
keluar dari kebiasaan
keluar dari zon selesa.

Kini
Segala persoalan telah terjawab.
Segala kekusutan telah terungkai.
Mereka bersedia
Bersama dan Bersatu
dengan Akademi Taipan 181.
Tengahari tadi kami berborak
kami berbincang
kami bertukar2 pandangan
kami merencana strategi.
Biar segala tindakan lebih kemas
lebih tersusun
dan lebih sistematik.
Tahniah kepada mereka berdua.
Bersama kita menuju ke Puncak Kejayaan.
InsyaAllah.

Kejap lagi aku nak keluar.
Jumpa Abg Saleh.
Janji pukul 9.30 malam ni.
kat Al-Azwath Seri Kembangan.
Dah dekat 2 tahun tak jumpa dia.
Tiba2 dia call aku semalam bertanya khabar.
No telefon pun dia dah tukar baru.
Tengahari tadi dia nak datang Putrajaya
tapi aku pulak dah ada appoinment lain.
Malam ni dua2 free so boleh la jumpa.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...