Thursday, 22 September 2011

Lelong Emas

Hari ni lain dari yang lain.
Sana sini penuh dengan orang.
Selalunya lengang je.
Pagi tadi aku pergi Anjung penuh.
Tengahari pulak
aku ada appoinment kat mamak Darussalam.
Jalan nak keluar opis sampai jem.
Parking pun susah.
Seat nak duduk pun penuh.
Nak bayar pun beratur panjang.
Rakan niaga aku yang belanja lunch tadi.
TQ yer!!
Mamak tu siap tanya
kenapa ramai sangat orang baju batik makan kat sini hari ni?
Rupanya sebab hari ni penjawat awam dah dapat gaji.
Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.
Terima kasih pada Allah kerana masih memberi kita rezeki.
Berapa pun gaji yang kita dapat tadi, itu pilihan kita.
Kalau banyak pilihan kita.
Kalau sikit pun pilihan kita.
Berapa lama gaji tu boleh bertahan pun pilihan kita.

Cerita pasal emas.
Lewat petang tadi lebih kurang pukul 4.45
aku dan seorang bakal rakan niaga pergi Bank Rakyat Presint 15, Putrajaya.
Alhamdulillah kini dah jadi rakan niaga aku.
Bulan depan dapat la hadiah jam tangan Roscani yang cantik tu.
Sementara dia berurusan di kaunter
aku pulak sibuk tengok barang kemas yang dilelong.
Esok tarikh tutup.
Kena beat sebelum esok.
Siapa bayar paling tinggi dia la yang dapat barang tu.



Ramai jugak yang beat.
Bagi aku kalau ada duit lebih memang bagus pun beli emas.
Tak kira la untuk pakai sendiri atau untuk pelaburan.
Tapi kalau aku
aku lebih suka beli untuk pakai sendiri.
Maksud aku isteri aku la yang pakai bukan aku.

Buat bisnes dapat duit beli emas
lebih baik daripada
buat loan dapat duit beli emas.
Cuma kadang2 aku terfikir.
Kenapalah emas2 ni sampai kena lelong.
Bukan senang nak beli emas sekarang ni.
Mahal tu.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...