Wednesday, 1 May 2013

Hormati Ilmu & Orang Yang Memberi Ilmu

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Just to share.
Baru2 ni aku ada attend 1 kursus di sekitar Bangi.
Kursus 2 hari.
Free of charge.
1 sen pun tak kuar duit poket sbb opis yg bayar.
 
Kursus Menterjemah Motivasi Diri.
Penceramah, Tuan Haji Abdul Wahid aKa Eagles (nama samaran).
 
Antara peserta yg hadir.
Lebih kurang 20 orang semuanya.
 
Frankly speaking penceramah ni biasa2 je.
Low profile.
Penyampaian pun biasa2.
Tp pengalaman sgt luas bukan setakat kat Malaysia malah di luar negara.
Cuma maaf cakap la.
Yg aku nak tulis ni bukan pasal penceramah kursus ni.
Tp pasal sebahagian peserta kursus ni.
Sardis (sedih).
 
Langsung tak hormat penceramah.
Orang tu tgh bagi ilmu dalam majlis ilmu.
Bersungguh2 dia cuba bantu & bagi ilmu sebaik mungkin.
Tp kita sebahagiannya buat endah tak endah je.
Datang ikut suka.
Keluar masuk pun ikut suka.
Orang tgh bagi ilmu kat dalam, dia seronok sakan sembang kuat2 kat luar.
Ketawa berdekah2 kat luar dewan sampai kat dalam pun dengar.
Kalau tak suka sekalipun pun atleast respect la sikit.
Kalau niat attend kursus semata2 nak cukupkan 7 hari kursus pun agak2 la.
Majlis ilmu ni.
Penuh dgn para malaikat yg mendoakan kita.
Kursus ni pun more to pembangunan peribadi & sahsiah diri.
Banyak benda kot yg boleh dipraktikkan.
Bukan sekadar dalam opis malah lebih besar lg dalam kehidupan.
Banyak faedah yg kita boleh dapat.
Jgn la bajet diri tu bagus sgt sampai langsung tak hormat ilmu.
Agak2 kalau anak2 kita dapat tengok perangai kita yg macam tu apa dia kata????
Cuba fikir sekejap.
 
Personally aku mmg jarang dapat peluang attend kursus yg macam ni.
Tahun 2010 ada sekali kat Putrajaya.
2011 pun sekali kat KL.
2012 langsung tak ada.
So bila sekali2 dapat peluang macam ni mmg aku akan manfaatkan betul2.
Lagi2 ilmu utk dunia & akhirat macam ni.
Rugi besar kalau sia2kan macam tu je.
 
Petikan dari kata2 Prof Dr Muhaya.
Kalau diberi peluang kita sepatutnya hadir kursus/seminar yg menyumbang kepada pembangunan sahsiah diri berbanding pembangunan kerjaya.
 
Wallahu'alam.
 
Aku minta maaf kalau ada rakan2 yg terkecil hati dgn ayat2 di atas.
Sekadar luahan hati utk kebaikan kita bersama di masa hadapan.
 
Azhar
019-6696181

Kembali & Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.
Selamat Sejahtera.
 
Lamanye tak menulis kat sini.
Kalau ikutkan ramai jugak kawan2 yg tanya.
Kelmarin masa kursus pun ada member tanya.
Malam tadi masa kat USJ Taipan pun ada jugak yg tanya.
Mulut aku ni spontan je menjawab "terlalu busy kebelakangan ni".
Dalam masa yg sama hati kecil berbisik itu cuma alasan.
Betul kata org mulut boleh menipu tp hati takkan boleh menipu.
Cuma hakikatnya kalau hati betul2 bersih mulut pun takkan boleh menipu.
Wallahu'alam.
 
Actually aku dah lama tak menulis kat sini mmg bersebab.
Jujur cakap mmg sengaja tak nak tulis.
Bukan tak ada idea.
Bukan tak ada masa.
Bukan tak ada aktiviti yg nak dikongsi.
Ikutkan banyak je benda yg boleh ditulis tp mmg aku yg pilih utk tak tulis.
 
Macam mana nak cakap eh.
Susah nak cerita.
Kalau nak cerita pun sampai esok pun tak abis.
Later la.
Cuma yg pasti lepas ni aku akan start menulis balik.
Content & pendekatan je la yg sedikit berlainan.
Sahabat2 semua doa2kanlah.
 
Harini.
Tanggal 1 Mei 2013.
Selamat bercuti buat semua warga Malaysia.
Selamat Hari Pekerja.
 
 
Tak kira la sama ada kita bekerja dgn orang atau bekerja sendiri, semoga kita menjadi pekerja yg cemerlang.
Semoga apa kerja yg kita lakukan di dunia ini menjadi ladang pahala buat kita di akhirat kelak.
 Insya Allah.
 
 Azhar
019-6696181

Sunday, 17 March 2013

Jaga Ibu

Assalamualaikum w.b.t
Salam Sejahtera.
 
Betul kata orang.
Mencegah itu lebih baik dari merawat.
Ramai yg setuju dgn kenyataan tu.
Cuma malangnya tak ramai yg buat macam tu.
Tak ramai yg ambil serius pasal perkara tu.
Antara alasan paling glamour lg popular adalah disebabkan kekangan wang ringgit.
Pendek kata bab kesihatan tak ada duit.
Bila bab gajet2 terkini tiba2 je ada duit turun dari langit.
 
Petang tadi aku diberi kesempatan berjumpa seorang sahabat baru dirumahnya.
Sekitar Serdang.
Dia & adik-beradik lain tgh sibuk jaga ibu mereka yg terlantar sakit kanser.
Katanya sel kanser merebak terlalu pantas.
Kini dah tahap 3.
Kos beli ubat mencecah RM15 ribu sebulan.
Sekarang mereka sedang berusaha mendapatkan bantuan & sumbangan dari badan2 tertentu.
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.
Dari cara mereka bercerita, aku dapat bayangkan betapa mereka berharap ibu mereka cepat sembuh.
 
Aku hanya mampu berdoa yg terbaik utk keluarganya.
Ini semua ujian dari Allah.
Maka kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan.
 
 
Aku minta maaf banyak2 kalau ada yg tersinggung dgn entry kali ni.
Aku tak ada niat utk kecilkan hati siapa2.
Apatah lg pasal wang ringgit.
Apa yg aku cuba nak sampaikan kat sini adalah pasal kesedaran.
Kita kena terima hakikat bahawa tahap kesedaran kita especially dalam bab kesihatan ni sgt mendukacitakan.
Mudah2an mulai hari ini kita akan berubah.
Kita mula sedar bahawa kesihatan tak dapat diukur dgn nilai ringgit.
 
Wallahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...