Thursday 3 January 2013

Dugaan & Cabaran

2/1/2013.
Semalam.
1st day kerja di tahun baru.
 
Pagi2 dah mengadap jem.
Biasa la tu 1st day sekolah.
Sampai2 opis pagi semalam PC aku boleh kong pulak.
Sebelum ni ok je.
Tak menunjukkan tanda2 nak rosak pun.
Habis semua kerja tergendala.
Padahal banyak kerja nak kena siapkan.
Tempoh AKB pun sampai 7 Januari je.
Isnin depan.
Report macam2 report nak kena buat.
So agak struggle jugak la.
Time2 ni la PC nak buat hal.
Bengong aku seketika dibuatnya.
 
Tengahari masa lunch time sempat berbisnes.
Lepas lunch kat cafe bawah, aku jumpa bisnes partner aku.
Abg Shah dari Dengkil.
Dia dah tunggu kat lobi opis aku.
Ada discussion untuk next projek dalam masa terdekat ni.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.
 
Berbalik pada cerita PC tadi.
Pukul 3.30 petang baru otai repair komputer sampai.
Lepas check semua katanya mainboard problem.
2 ke 3 hari jugak baru boleh settle.
Kena masuk bengkel dulu.
Parah jugak camne nak kerja kalau PC takde.
Tiba2 terasa macam nak apply cuti di saat2 kritikal ni. Hehehe.
 
Tapi aku bersyukur sangat2.
Semua rekod dan data2 dalam tu berjaya diselamatkan.
Yg lain2 tu akan difikirkan kemudian.
 
Azhar
019-6696181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...