Saturday, 2 June 2012

Jom Naik Tangga

1 Jun 2012.
Semalam.
Bermulalah kempen Jom Naik Tangga kat opis aku.
Maaf gambar poster terlupa nak ambil.
Penggunaan lif telah dihadkan.
Kalau ikutkan kat opis aku ada 4 lif semuanya.
Tapi sejak semalam dia aktifkan 1 lif je.
Itupun hanya boleh digunakan oleh orang2 tertentu.
Contohnya ibu mengandung.
Suami kepada ibu mengandung macam aku ni tetap kena naik tangga. Hahaha.

Objektif kempen ni sebenarnya untuk sihat fizikal.
Mengurangkan risiko ke atas penyakit tidak berjangkit.

Opis aku tingkat 7.
Tingkat paling atas sekali.
Bayangkan la kalau duk naik turun tangga je.
Kalau ada meeting lagi la.
Setengah jam awal dah kena keluar.
Nak turun tangga ambil masa jugak.
Kang dah habis meeting naik balik.
Belum cerita pergi makan or pergi surau.
Kadang2 barang tertinggal kat parking pun buat2 lupa je la. Hahaha.

So macam mana pengalaman aku 1st day bersama kempen Jom Naik Tangga??
No comment.
Hanya mereka dan keluarga mereka je yang tahu. Hehehe.

Azhar
010-2207181

JTX 1000 - Stok Habis

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Tengahari semalam aku ke USJ Taipan dengan Syed.
Closing, punching & shopping.
Sampai2 stokis tak bukak lagi.
Kami lepak makan kat Restoran Ubi Kayu dulu.
Nak dijadikan cerita terserempak dengan Abg Nasir kat situ.
Dia pun nak ke stokis jugak.
Kalau tahu gerak sekali je dari Putrajaya.

Sampai2 je aku settlekan urusan aku dulu.
Alhamdulillah takde orang.
Sekejap je dah settle.
Awal bulan settle apa2 yang patut dulu.
So that hujung bulan takde la terkejar2.

Abg Nasir & Syed.
Borong Minyak Enjin JTX 1000 sampai stok habis.
Angie pun baru sedar stok tak cukup.
Call HQ pun sama.
Kena tunggu sehari dua ni.
Itulah penangan JTX 1000.
Produk Superbrands.
Terhangat di pasaran.
Siapa belum try harus la try.

Ini je tinggal 1 kotak.
Dalam ni ada 4 botol.
Angie hutang dulu.
Dia kata Ahad or Selasa ni boleh ambil balance.

Selesai semua urusan kami terus bergegas ke Masjid Al-Falah untuk solat Jumaat.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dalam pukul 2.30 petang macam tu aku dah sampai opis untuk memulakan kehidupan seperti biasa.
Hehehe.

Azhar
010-2207181

Friday, 1 June 2012

Pergi Tak Kembali

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Al-Fatihah buat arwah Kunaini Bohri.
1 Jun 2012.
Genap setahun pemergian insan hebat ini.
Pemergian beliau amat dirasai buat kami di akademi.
Semangat juang beliau bagai tiada tandingan sehingga kini.
Sahabat2 pembaca sekalian.
Sama2 lah kita berdoa agar rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman.

Bila sebut pasal arwah DDM Kunaini,
aku pasti teringat dan terkenang akan insan paling istimewa dalam hidup aku.
Pemergian yang sangat menyentuh hati.
Kehilangannya amat aku rasai hingga hari ini.
Biarpun telah 12 tahun berlalu.
Detik pemergiannya masih segar dalam ingatan.
Detik yang telah mencipta sejarah dalam hidup aku.
Detik yang tak mungkin aku dapat lupakan sehingga akhir hayat aku.

Detik yang pernah aku kongsikan pada entry tahun lepas.
http://azhar-hassan.blogspot.com/2011/09/duka-di-saat-suka.html

20 Mei 2012.
Hari ahad yang lepas.
Genap 12 tahun mak aku pergi.
Perginya tak mungkin ada pengganti.

Al-Fatihah buat arwah mak, Zaminah Binti Atan.
Aku terlalu rindukan mak.
Hanya Allah yang tahu betapa aku mengharap agar mak sentiasa berada di sisi aku.
Hanya Allah yang tahu betapa aku menyesal akan segala dosa yang aku lakukan padanya.
Aku sentiasa berdoa agar mak tenang di sana.
Ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yang beriman.

Aku masih ingat lagi pesanan terakhir mak.

"Kalau mak dah takde nanti, jangan lupa banyak2 sedekah Al-Fatihah kat mak.
Rajin2 baca Al-Quran.
Jangan sekali2 tinggal solat.."

InsyaAllah.
Mudah2an aku tak lalai.
Mudah2an aku tak lupa.
Dan mudah2an 1 hari nanti anak aku terbaca entry ni.
Andainya abah dah takde, jangan sekali2 lupa pesanan arwah nenek ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...