Friday, 2 November 2012

Jumaat Punya Cerita

Hari yg agak busy.
Awal2 pagi tadi member2 dari Medical Device ajak minum.
Tapi tak dapat nak join sebab ada meeting awal2 pagi tu.
Settle meeting pukul 10.30 pagi, solat kejap lepas tu sambung lagi meeting lain plak.
Dari pukul 11 sampai la 12.30 tengahari.
 
Solat jumaat pulak kat Dengkil.
Pukul 1.40 petang dah habis solat.
Memang cepat la.
 
Bio Aura Hi-Tech Water System.
Masjid kat Dengkil ni pun guna penapis air ni.
 
Lunch pun kat port biasa dengan bisnes partner aku, Syed.
Alhamdulillah dapat pencuci mulut pisang. Hehehe.
Dah lama tak makan pisang.
Ingatkan kena bayar rupanya free je.
Kalau kat kedai mamak 1 biji dia dah kira 50 sen. Hahaha.
 
Kalau dah dengan Syed apa lagi sembang JTX 1000 la.
Macam2 tips la dia bagi aku.
Esok dia nak ke stokis borong JTX 1000 lagi.
Pecah panggung la.
Aku nak jugak join tapi macam tak boleh je sebab kena pergi opis.
Ada kerja nak kena settle.
Tapi kalau ada rezeki nak pergi jugak.
Sebab wife aku punya stok BBplus Kolagen dah nak habis.
Minggu depan punya order pun dah berderet.
Ramai betul orang order kat dia.
Aku pun macam tak percaya je.
Apapun itulah dinamakan rezeki dari Allah.
Syukur Alhamdulillah.
 
Azhar
019-6696181

Thursday, 1 November 2012

November Sudah Tiba

Semalam pagi bawa Alya appointment 3 bulan.
Selesai tu aku ke Puncak Alam.
Ziarah rakan sekerja yg meninggal dunia.
Petang tu sampai2 terus ke Pejabat Pos.
Janji harus ditepati.
Post BBplus Kolagen kawan2 & customer wife aku.
Orang yg kerja kat Pejabat Pos tu pun dah kenal kitorang.
Hari2 muka yg sama pos pun benda yg sama. Hahaha.
 
Harini pun sama.
Tengahari tadi ke Pusat Latihan BSN kat Bangi.
Hujan lebat sepanjang jalan.
Sorry Danny.
Aku curi gambar ni kat wall dia.
Ke sana tadi sebab nak hantar BBplus Kolagen jugak.
Member masa kerja kat KL dulu kirim.
Hantar by hand je sebab dah dekat.
Alang2 dia ada training kat sini.
Lagi pun memang kebetulan aku dan Danny ada urusan lain kat sana.
TQ boss nanti nak repeat order bagitau je la jangan segan2.
 
Settle semua urusan kami lunch kat Dengkil.
Port biasa.
Sambil makan sambil sembang.
Sembang pasal Korea.
Bertambah semangat nak pulun.
Pasang target untuk bulan baru.
Mudah2an segala yg dirancang akan dipermudahkan.
InsyaAllah.
 
Malam ni pulak kalau tak ada aral akan ke Nilai.
Jumpa group aku kat sana.
Awal bulan ni biasanya busy bab2 ni la.
Walaupun busy tapi enjoy.
Hasil pun insyaAllah berbaloi2.
 
Azhar
019-6696181

Tinggal Kenangan

Malam Selasa baru ni aku dapat 1 berita sedih.
Rakan sekerja merangkap sahabat baik aku telah kembali ke rahmatullah.
Lebih mengejutkan arwah sihat je sebelum ni tak ada sakit apa2.
Tambah pulak usia arwah masih muda dalam awal 30-an.
Ini semua kehendak Allah.
Sampai masanya kita yang bernyawa pasti akan merasai mati.
Tidak sesaat awal & tidak juga sesaat lewat.
Tepat masanya kita akan pergi meninggalkan dunia buat selama2nya.
 
Mohd Fahrul bin Ahmad.
Atau lebih dikenali dengan nama Bob.
Rakan 1 unit aku di Bahagian Kewangan Perbadanan Putrajaya.
Sepanjang setahun aku di sana, dialah orang yg paling banyak spend masa kerja dengan aku.
Minum pagi sama.
Lunch sama.
Minum petang pun sama.
Kalau tengah banyak kerja, OT pun sama especially musim gaji.
Confirm tengah malam baru balik.
Kadang2 tu esok paginya baru balik.
Kalau ada event opis weekend memang confirm aku dengan arwah terlibat sama.
Uruskan apa2 je yg melibatkan kewangan.
 
Rapat punya pasal, masa aku & wife baru nak berkenalan pun arwah pernah jadi orang tengah.
Masa hari aku bertunang pun, arwah sudi datang dengan tunang dia.
Banyak sangat la kenangan yg tak mungkin aku dapat lupakan.
Tak sangka begitu cepat arwah pergi buat selama2nya.
 
Masjid Felda Kg Bukit Cerakah, Puncak Alam.
Tempat jenazah disolatkan semalam.
 
Ahli keluarga, saudara mara & rakan2 yg memenuhi tanah perkuburan.
Masa aku sampai semalam arwah tengah nak dikebumikan.
Aku agak lewat sebab sebelum tu ada appointment anak aku kat klinik.
Tapi alhamdulillah dapat jugak tengok arwah buat kali terakhir.
 
Di sinilah bersemadinya jasad arwah.
Semoga arwah tenang di sisi Allah.
Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg beriman.
Takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah.
Kepada rakan2 yg terbaca entry ni, sama2lah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Semoga bahagia di sana.
InsyaAllah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...