Monday, 21 November 2011

Raja Berhari2

Hari ni aku cuti.
Tapak tangan kanan aku cedera sikit malam tadi.
Bangun pagi tadi pun bisa2 je.
Nak genggam tangan pun susah.
Tu yang terpaksa cuti.

Woi Azhar cedera tangan sikit pun nak cerita kat sini ke??
Haha sebenarnya aku bukan nak cerita pasal ni.
Aku cuma teringat cerita masa aku nak bernikah Julai 2008 dulu.
Ada kena mengena dengan tangan jugak la.
3 hari sebelum aku bernikah,
aku kena langgar lari kat area opis aku.
Tu la hari terakhir aku kerja sebelum cuti kahwin.
Masa tu aku masih kerja kat Menara TH Perdana, KL lagi.
Tengah duk jalan kat depan Maybank Medan Tuanku
tiba2 ada 1 kete kancil dari arah bertentangan ternaik divider
dan hampir2 nak langgar aku.
Syukur la aku sempat elak.
Dia cuma langgar tangan je.
Boleh tahan kuat jugak la.
Amik kau bengkak terus.
Pergi klinik scan doktor kata takde apa.
Just kena urut je la.
Punya la sakit Allah je yang tahu.
Orang terpegang tangan aku pun aku dah menjerit.
Dalam kepala aku takda lain.
Macam mana la waktu akad nikah nanti.
Dah tentu tok kadi nak salam.
Yang tak tahan bila dia henjut nanti tu.
Tekanan perasaan aku masa tu.
Kalau boleh salam pakai tangan kiri kira selesai la masalah.
Tapi mustahil la kan.
Bila tiba masanya Alhamdulillah la tok kadi memang sporting.
Abah aku siap warning lagi tok kadi jangan salam kuat2.
Punya la tok kadi tu goyang sampaikan
masa akad tu dia yang tersasul.
Aku steady je. Hehehe.
Memang kenangan la.
Nak kata kenangan manis tak
kenangan pahit pun tak.
Suam2 kuku la.
Yang bestnya bila lepas majlis semua tu aku tak payah buat kerja apa2.
Aku memang nak tolong tapi semua orang tak bagi.
Diorang kata jangan buat kerja berat2
nanti makin teruk bengkak tangan aku tu.
So aku pun ikut la cakap mereka semua.
Aku rasa dah bukan macam Raja Sehari masa tu.
Aku jadi Raja Berhari2.
Hehehe
Nape tiba2 terselit gambar ni??
Ni gambar waktu kenduri sebelah aku.
Sebagai tanda penghargaan
pada semua Cikgu dan Mentor dalam Akademi yang sudi datang.
Abg Hamizul, Kak Normah, Kak Aisah, Kak Sarah, Kak Tini dan Abg Din.
Bukan senang nak tengok gambar Abg Din tanpa seutas rambut di kepala sebegini.
Hehe sorry ye Abg Din gurau2 je.
   

Antara Hidup Dan Mati

Ada 1 kisah yang agak menarik untuk dikongsikan.
Kisah tentang seorang perenang
yang terpaksa bergelut dalam 1 acara lumba renang yang sengit.
Lebih sengit dari perlumbaan renang dalam temasya sukan bertaraf dunia.
Menjadi bertambah sengit kerana disertai oleh berjuta2 perenang.
Masing2 terpaksa melalui 1 lorong yang sangat sempit
sebelum sampai ke destinasi penamat.
Pemenang hanya seorang
iaitu perenang pertama yang sampai ke destinasi akhir.
Dan hanya pemenang je yang akan hidup.
Yang lain semuanya akan mati.
Tiada peluang kedua bagi yang gagal ke garisan penamat.
Sekaligus perlumbaan ni adalah 1 perjuangan.
Perjuangan antara hidup dan mati.
Siapa yang tiba dulu ke destinasi penamat
dialah Juara.
Juara yang akan membawa pulang hadiah berupa "sebiji telur".

Siapakah Juara dalam perlumbaan tersebut??
Juara itu adalah KITA.
Kita dipilih untuk tiba di garisan penamat terlebih dahulu
berbanding para perenang yang lain.
Bersyukurlah kerana kita dipilih sebagai Juara.
Setibanya kita di garisan penamat,
dengan ketentuan Yang Maha Kuasa
bermulalah proses kejadian seorang insan.
Bermulalah proses kejadian manusia.
Tinggallah kita dalam rahim ibu.
Sebuah alam yang gelap untuk 1 tempoh masa yang ditentukan.
Pada hujung tempohnya
kita akan ditendang keluar ke alam yang terang.
Dan lahirlah seorang Juara.
Juara di bumi Allah.
Kelahiran diiringi suara tangisan Sang Juara.
Teringat aku antara kata2 Dr Hamka.
"Semasa kita dilahirkan ke dunia ni, kita menangis dan orang lain ketawa.
Hendaknya semasa kita di ambang maut,
biarlah orang lain pula yang menangis kerana sedih hendak berpisah dengan kita
sedangkan kita pula ketawa.
Ketawa kerana kita sudah betul2 bersedia menghadapi mati selepas puas hidup di dunia."

Sedar atau tidak
kita dihantar ke dunia ni sebagai seorang Juara.
Kita dilahirkan untuk menjadi insan yang cemerlang.
Persoalannya kenapa kita tidak cemerlang??
Kenapa masih ada yang tidak cemerlang??
Kerana
kita tidak pernah berfikir untuk jadi cemerlang.
Akibatnya
kita tidak pernah berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Wallahualam.





Sunday, 20 November 2011

Berita Gembira

Semalam macam2 yang menarik berlaku dalam hidup aku.
Awal pagi lagi aku dah keluar jumpa Danny dan CC Hamid.
Uruskan dana bakal rakan niaga mereka.
Sambil bincang2 tu aku terima sms dari seorang kawan aku.
Dia minta tolong aku belikan Bio Zone Food Purifier untuk pakai kat rumah.
Set demo Bio Zone aku dah seminggu dia pinjam.
Mungkin dia berpuas hati kot tu yang nak beli untuk diri sendiri.
Tambah pulak dapat rebate besar.
Tak pasal2 awal bulan depan dia dapat RM250.
Siapa nak bagi kan.
Sebulan lagi lepas tu insyaAllah boleh dapat RM3,000 pulak.
Macam susah nak percaya tapi kena la percaya
sebab semuanya dah terbukti.
Dia terus transfer cash dalam akaun aku
minta tolong aku uruskan.

Dalam perjalanan balik aku singgah McD Drive Thru dulu.
Saje nak tapau makanan untuk anak isteri aku.
Tapi makanan yang aku order takde.
Yang ada set breakfast je.
Ikut hati nak cancel je tapi tak boleh nak patah balik
sebab kereta queue kat belakang dah panjang.
Terpaksa la beli jugak.
Dah la service slow gila semalam.
Dekat setengah jam aku sangkut kat situ.
Aku ada terfikir jugak mungkin tu memang strategi McD buat Drive Thru.
Siapa dah masuk je memang confirm kena beli.
Tak boleh nak fikir2 dulu.
Tak boleh nak tanya pendapat kawan2 dulu. Hehehe.

Sebelum pergi stokis untuk beli Bio Zone tu
aku balik rumah dulu hantar makanan.
Ramai pulak tetamu kat rumah masa tu.
Pelik jugak aku.
Rupa2nya ada berita gembira untuk aku.
Berita yang bakal mengubah seluruh hidup aku.
Tarikh semalam 19.11.2011 memang tak boleh aku lupakan sampai bila2.
Syukur Alhamdulillah.
Tapi malangnya aku tak dapat nak borak panjang la dengan mereka semua.
Dah janji dengan Angie sebelum pukul 12 tengahari aku akan sampai stokis.
Ramai jugak kat stokis semalam.
Masa tu program WAB baru tamat.
Mungkin sebab tu la ramai orang.
Selain dari beli Bio Zone Food yang kawan aku nak tu
aku ambil sekali stok 7 Bio Aura dan 4 Bio Zone Food rakan niaga baru aku.
Selesai tu aku terus ke Seri Kembangan jumpa kawan lama.
Dia minta sharing bisnes tapi tak jadi
sebab tak sampai 5 minit duduk dia dapat panggilan kecemasan.
Terus kena balik.

Petang pulak seperti yang dirancang aku ke MAEPS, Serdang.
Ada Majlis Anugerah Gilang Gemilang.
Lebih kurang 5,000 orang yang datang.
Memang meriah.
Terima kasih kepada semua rakan niaga aku yang baru dan lama
yang sudi hadir semalam.
Yang aku tak sempat nak jumpa pun ada.
Yang tak menang cabutan bertuah jongkong emas tu jangan la kecewa sangat.
Buat je bisnes betul2 nanti dapat bonus awal bulan depan terus pergi beli sendiri okay??
Ini antara gambar yang sempat aku ambil.
Kamera murah so gambar pun tak berapa nak cantik.
Baru suku event bateri pulak habis.
Kamera Danny yang banyak gambar.
maklumlah kamera harga RM5,000.
Terbaeekkk bro.
Nanti jangan lupa email.

Barisan Usahawan yang telah berjaya

Kakak aku merangkap sifu

Rakan Niaga Baru

Abg Rahman dan isteri. Anak dah 3 tapi mereka masih macam Pengantin Baru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...