Saturday, 24 December 2011

Pengalaman Berharga

Masih lagi cerita di Satay Willy petang tadi.
Smentara duk tunggu 3 orang kawan Abg Rahman sampai petang tadi
aku sempat la epak2 borak dengan sorang kawan aku yang duduk kat area2 Satay Willy tu.
Dia ni duduk berjiran dengan tauke Satay Willy tu.
Dan dia ni kawan baik kepada anak tauke tu.
So nak order senang la tadi tak payah queue.
Kalau tak dah tentu berjam kena tunggu.


Banyak la yang dia sempat kongsi dengan aku tadi.
Suka duka, jatuh bangun sebelum Satay Willy betul2 terkenal macam ni.
Adat berniaga.
Dugaan dan cabaran sentiasa ada.
Kita hanya akan kalah kalau kita mengaku kalah.
Pada aku takde istilah kalah.
Yang ada cuma belum menang je.
Usaha dan terus usaha.
InsyAllah 1 hari nanti pasti akan menang jugak.

Aku betul2 teruja bila dengar bab kejayaan dia sekarang.
1 hari tak kurang 13 ribu cucuk satay dia boleh jual.
Itu tak termasuk branch dia yang kat Tmn Sri Serdang tu
sebelah Restoran Maulana.
Katanya.
Untung bersih lepas tolak semua
dapat la dalam RM4,000 sehari.
Wow banyak tu.
Kalau sehari banyak tu sebulan dah berapa??
Kalau makan gaji je payah la nak dapat macam tu.
RM4,000 sebulan mungkin boleh la.
Itupun cuma pegawai atasan yang dah sign SBPA.

Dulu yang tempat bakar satay tu ada 2 je.
Lepas tu dah tambah jadi 4.
Sekarang ni tambah lagi 1 dah jadi 5.
Guna dua2 side lagi.
Itupun masih tak cukup nak tampung permintaan pelanggan.
Memang masyuk la.
Inilah rezeki yang Allah janjikan bagi orang yang berniaga.


Aku tumpang bangga la
ada anak melayu yang berjaya sampai macam ni.
Mudah2an aku dan rakan2 pun boleh sama2 berjaya
dalam bidang perniagaan yang kami ceburi.
Bukan je di dunia malah di akhirat kelak.
InsyaAllah.

Friday, 23 December 2011

Overtime - Kg Sungai Ramal

Tepat pukul 5 petang tadi aku dah gerak dari opis.
Ada bisnes appoinment kat Satay Willy Kg Sg Ramal.
Janji nak jumpa pukul sebelum pukul 6 petang.
Tu yang aku kena gerak awal takut jadi macam hari tu.

Masa aku gerak dari opis petang tadi semua orang tengah sibuk.
Ada yang sibuk buat kerja.
Tapi lebih ramai yang tengah sibuk ambil form SBPA.
Diorang buka kaunter kat sebelah meja aku pulak tu.
Tu yang riuh sikit.
Aku gerak pun rasanya takde siapa yang sedar. Hehe.


Ni semua kawan2 Abg Rahman.
Bakal rakan niaga baru kami.
Siraj, Boy dan sorang lagi ni aku lupa plak nama dia.
Mereka semua ni masih bujang.
Memang sangat teruja nak cari side income.
Sebelum ni dah banyak kena tipu sebab tu kali ni mereka lebih berhati2.
Kerja aku petang tadi jadi lebih mudah sebab mereka dah siap bawa dokumen.
Kalau takde aral aku rasa minggu depan InsyAllah dah boleh dapat result.
Mudah2an segalanya akan dipermudahkan.

Tahniah Abg Rahman.
Tahniah Danny Eku.
Tahniah Ermiza Wati
Tahniah Leney.
Kerja yang susah akan jadi mudah bila kita buat ramai2.
InsyaAllah.
Tahniah semuanya.

Bonus Masuk Petang Tadi

Mesti ramai yang confuse bila aku post title macam ni.
Tapi memang betul pun.
Bonus dah masuk petang tadi.
Bukan bonus kerajaan.
Ni bonus bisnes untuk rakan2 niaga aku
yang ada masalah teknikal sikit awal bulan haritu.
Patut 9 Disember dah masuk.
Tapi sebab masalah bank jadi lewat sikit.
Masa tak masuk hari tu aku pun pelik jugak.
Tak pernah2 jadi macam tu.

Tapi syukur la ada hikmah di sebalik semua tu.
Semua yang dapat bonus tadi terkejut beruk.
Hampir 2 kali ganda lagi dari jumlah yang aku kira.
Memang rezeki Allah la tu.
Masing2 call aku tanya macam mana boleh dapat lebih.
Mana la aku tahu.
Terima je la.
Daripada dapat kurang lebih baik dapat lebih. Hehehe.
Sama ada aku yang salah kira
atau syarikat yang bermurah hati bagi bonus lebih.
Tapi mustahil aku salah kira.
Sebab straight forward je.


Takpe la malas nak fikir2 lagi.
Dah memang Allah nak bagi rezeki pada mereka selepas diuji sikit awal bulan haritu.
Yang penting sekarang teruskan usaha.
Jumpa Anda di Vietnam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...