Friday 20 July 2012

Selamat Tinggal Digi

Akhirnya servis telah bertukar tangan.
Aku dan isteri start pakai digi dari November 2008 lagi.
Kalau ikutkan nak dekat 4 tahun dah.

Sebelum ni servis semua ok je.
Cuma lately ni agak kureng sikit.
Bukan sikit tapi banyak sebenarnya.
Bukannya aku ada outstanding payment pun.
Bikin panas je.

Kalau ikutkan ni dah dekat sebulan aku dan isteri tak boleh buat call.
Last 2 week aku ada call helpline.
Katanya 13 Julai akan kembali normal.
Ni dah 20 Julai still out jugak.
Asal buat call je, the other side tak dengar apa2.
Terpaksa call dan call lagi macam orang bodoh.
Cakap sorang2.
Baru ni nak call domino's pun berkali2 putus.
Tapi nasib la dia call balik
Dekat 5 kali jugak la dia call baru dapat confirm order.

Semalam yang buat aku betul2 panas hati.
Aku call digi helpline.
Dah la kena sila tekan 1 tekan 2 dan tekan macam2 tekan lagi.
Bila dah dapat cakap dengan customer service line buat hal pulak.
Dia tiba2 tak dengar suara aku.
Yang aku panas tu bukan dia nak call balik.
Domino's pun boleh call aku balik.
Inikan pulak digi yang aku dah guna hampir 4 tahun, sebulan bayar minimum RM300.
Kalau 4 tahun dah berapa.
Atleast appreciate la sikit.
Terus harini tanpa teragak2 aku tukar line lain.
Tapi no tak tukar.
Still pakai no yang sama.

Jangan salah faham ye.
Aku buat entry ni bukan nak hentam digi or promote line2 lain.
Aku just nak luahkan perasaan yang terpendam ni je. Hehehe.

Bukan apa.
Bengang la jugak.
Aku dan isteri dua2 pakai digi postpaid.
Bil aku RM250 sebulan.
Wife aku RM50 sebulan.
Total macam aku cakap tadi RM300 sebulan.
Ini minimum.
Means kalau aku tak guna pun still kena bayar RM300 jugak sebulan.
Kalau aku tak guna sebab aku koma ke hospital takpe lagi.
Ini aku nak guna tapi tak boleh.
Abistu yang dah sebulan aku tak boleh nak buat call ni ape cerita??
Bukan ada diskaun pun.
Sorry la ye.
Officially harini aku dan isteri dah beralih arah.
Selamat tinggal digi.

Sorry ter emo sikit.
Kejap lagi dah nak masuk ramadhan.
InsyaAllah akan cool balik. Hehehe.

Azhar
010-2207181

2 comments:

  1. kami pun dok pikir-pikir.
    Nak beralih angin juga...

    ReplyDelete
  2. tu la line teruk sgt la abg din kebelakangan ni. bikin stress. hehe.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...