Thursday 1 March 2012

Permulaan Yang Mencabar

Assalamualaikum.
Salam Sahabat..

Permulaan Mac yang agak mencabar.
Ini bahagian aku.
Allah tengah uji aku.
Uji melalui orang yang aku sayang.
Wife aku kena tahan wad malam tadi.
Ada masalah kesihatan sikit
Tapi InsyaAllah ujian kecil je.
2 ke 3 hari lagi InsyaAllah akan ok.

Berkali2 dah kena amik darah.
Petang semalam kat klinik 4 botol.
Malam tadi kat hospital 4 botol lagi.
Awal pagi tadi pun khabarnya amik darah lagi.
Nak check progress agaknya.
Aku berdoa pada Allah mudah2an wife aku cepat sembuh.

Dalam masa yang sama mungkin Allah nak aku belajar berdikari.
Kerja2 yang selama ni wife aku buat, aku kena take over sepenuhnya.
Kalau setakat nak uruskan Aidil dari A to Z tu InsyaAllah aku ok je.
Sebab memang dah biasa buat sebelum ni.
Bab nak uruskan rumah yang aku tak berapa nak pakar tu.
Tapi nak tak nak kena buat jugak la.
Suka tak suka kena gagah jugak la.

Cuma ada 1 benda la yang buat aku pening sikit.
Aidil ni duk merengek je bila tengok mama dia takde.
Apa tidaknya mama dia tu la bantal peluk dia.
Dalam tidur pun boleh tersedu2.
Kesian pulak aku tengok.

Sabar ye Aidil.
InsyaAllah nanti abah bawa Aidil jumpa mama.

2 comments:

  1. La hai.. akak doakan wife azhar cepat sembuh ye.. takpe.. ada hikmah disebalik semua ujian nie ye.. sabar je.. (kak azwa)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...