Wednesday 18 April 2012

2 Malam

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Malam ni aku rest kat rumah je.
Mood meng"update" blog. Hehehe.

2 malam berturut2 aku tak free.
Malam Isnin tu aku ke Bdr Tun Razak.
Appointment dengan Apis.
Boraknya yang panjang sebab dah lama tak jumpa.
Dia baru balik bercuti luar negara.
Semuanya keluar duit sendiri.
Duit bank sebenarnya (sebab buat loan).
Hehehe sori Apis kalau terbaca entry ni.
Yang pasti Apis ni bukan nama sebenar.

Dia teringin nak tahu macamana akademi boleh bawa ramai orang melancong ke luar negara foc.
Hujung bulan Mac haritu kami ke Vietnam foc.
Last week ke Holland and Belgium pulak.
Pagi tadi baru sampai Malaysia.
Bulan Jun ni Guangzhou.
Dan banyak lagi lepas ni.
Itu yang dia teruja nak tahu.

Alhamdulillah sharing malam tu berjalan dengan lancar.
Petang semalam lepas kerja dah bawa ke Bdr Putri Puchong untuk urusan dana.

Malam tadi pulak (Selasa) aku spend masa dengan family aku.
Celebrate birthday anak buah aku, Husna Syazira.
Pekena Sate Hj Samuri.

Happy Birthday Husna.

Aidil, Husna, Dani & Aqeef.

Amboi mak buyung makan bukan main selera lagi.
Aidil tengok pun geram je.
Tapi tak tahu la tengok kek ke tengok makanan mama dia.

Aidil makan sate.
Memang favourite dia tu.
Malam tadi je 4 cucuk dia sorang makan.

Tengok tu tak habis2 makan lagi.

Husna bersama atok dan nenek.

Birthday girl dapat hadiah.
Aidil pun nak hadiah jugak.
Ini yang dia minta dari aku semalam.
Nak tidur pun bawa naik katil.
Sususn cantik2 atas katil.
Mainan baru la katakan.
Kejap lagi tayar hilang la tu.

Apapun Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Yang penting enjoy

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...