Wednesday 11 April 2012

Demam 5'S

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Apa benda tu 5'S??
Seiri
Seiton
Seiso
Seiketsu
Shitsuke.
Ini dalam perkataan Jepun.
Dalam bahasa melayu bermaksud..
Sisih
Susun
Sapu
Seragam
Sentiasa Amal.

Opis aku sekarang sedang ke arah mencapai pensijilan 5'S ni.
Memang banyak la benda yang kena buat.
Orang kata benda ni remeh2 je tapi pada aku impak dia tersangatlah besar.
Amalan 5'S ni kalau boleh bukan untuk opis je, kat rumah pun boleh apply.
Kat dalam kereta pun boleh apply.
Tapi bab tangging2 tu tak payah la kot. Hehehe.

Nak cerita panjang pasal 5'S ni pun tak guna.
Jom layan gambar before and after.
Sure terjawab segala persoalan.

Sebelum..
Selepas..
Sebelum dan selepas..

Sebelum dan selepas..
And last picture.

Sebelum dan selepas jugak. Hehehe.
Gurau2 je.

Dulu masa kat opis lama memang aku terlibat sepenuhnya 5'S ni.
Dari mula sampai la berjaya dapat sijil.
Memang macam2 la kena buat.
Tapi macam aku cakap tadi la nak buat memang penat.
Tapi bila dah siap memang berbaloi.
Kerja pun jadi mudah.
Kalau dulu kena selak dulu tolak ke tepi fail2 atas meja baru boleh nampak muka pegawai.
Tapi sekarang ni dari jauh dah boleh nampak muka pergawai tu. Hehehe.

Cuma 5'S ni semua orang kena bagi extra komitmen la.
Extra collection pun kadang2 ye jugak.
Tak boleh nak berkira sangat.
Ye la tempat kita cari rezeki untuk family kan.
Apa salahnya keluar duit sikit untuk lebih selesa.
Untuk lebih ceria.
Tak rugi pun.
Opis cantik kita pun semangat nak datang kerja.
Selesa nak bekerja.
Wallahualam.
Pandangan masing2.

Pada rakan2 kat opis.
Selamat ber 5'S.
Mudah2an cepat2 dapat sijil.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...