Tuesday 3 April 2012

Nak.. Ada Cara

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Aku syukur sangat2 dalam seminggu ni ramai jugak kawan2 baru yang aku kenal.
Ada yang kerja kedai spare part kereta.
Ada yang kerja kat hospital.
Ada yang kerja syarikat guaman.
Dan pagi tadi dapat sorang lagi kawan kerja kat Telekom Malaysia.
Alhamdulillah la.
Bukan apa senang kalau ada benda2 nak refer kemudian hari ni.
Kiranya ada contact la.

Pagi tadi aku bawa wife check up kat pakar.
Sebelum tu bawa Aidil pekena Nasi Lemak dulu 1 round.
Upah sebab dia nak kena tinggal kat umah makcik dia. Hehehe.
Bukan tak nak bawa.
Cukup la pukul 1 pagi kelmarin dia buat show kat emergency tu.
Sampai biru pipi dia sebab terlanggar bucu kerusi.

Pagi tadi punya cerita.
Sementara tunggu nak jumpa doktor, aku sempat melarikan diri kejap pergi Mardi.
Kat surau yang sedang naik taraf jadi masjid tu.
Member aku nak jumpa kat situ.
Tak sangka pulak ada warung dalam surau tu.
Pekena teh tarik je sebab dah kekenyangan.
Alhamdulillah rezeki pagi hari.
Member aku tu nak jumpa sebab nak beli Bio Zone Food cash.
Harga sebenar RM1,750 tapi kawan punya pasal aku tolak RM1,650 je.
Diskaun RM100 sebab dia belanja aku teh tarik. Hehehe.
Siapa minat boleh calling2 aku.
Harga boleh runding.
Nak bayar 1 kali boleh.
Nak bayar berkali2 boleh.
Taknak bayar langsung pun boleh.
Akademi ada caranya.

Bio Zone Food Purifier

Selesai check up tadi, wife aku teringin nak makan sup ayam katanya.
Mana pulak nak cari sup ayam tengah2 hari buta macam tu.
Tapi syukur la tiba2 teringat Ani Sup Utara.
Termakbullah hajat beliau akhirnya.

Petang ni aku tak ke mana2.
Lepak rumah je layan DVD.
Malam ni InsyaAllah akan ke akademi bersama rakan niaga yang baru ambil pakej bulan ni.
Mudah2an takde aral melintang la malam ni.

Azhar
010-2207181
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...