Monday 23 April 2012

Tabung Dah Penuh

Ini tabung kat rumah aku.
Beli kat Ayer Hitam tahun 2008 kalau tak salah.

Seperti biasa balik je rumah tadi terus nak simpan syiling dalam tabung.
Tau2 tak boleh nak masuk dah.
Rupa2nya dah penuh.
Apa lagi aku dan wife pun mulakan misi mengira duit tabung.

 Aktiviti mengeluarkan duit tabung.
Ini kali ke-3 kira duit tabung semenjak kewujudannya kat rumah aku.
Berat beb tabung ni.
Tabung je yang berat.
Isi dia takde la berat mana pun. Hehehe.

10 sen ada.
20 sen ada.
50 sen pun ada.
Aku memang suka kumpul syiling.
Siapa yang rapat dengan aku tahu la.
Kalau pergi makan atau beli barang2 dapat la baki syiling.
Kalau lalu tol yang dekat2 ni pun aku bayar cash je sebab nak baki syiling.
Kalau long distance tu baru pakai touch n go.
Dan hasil syiling yang paling banyak sekali aku dapat dari Alamanda. Hahaha.
Time nak bayar parking je aku sumbat note RM10.
Padahal parking RM1.50 je.
Berdentang denting la bunyi baki duit syiling jatuh lepas tu.
Orang yang lalu lalang pun usha aku semacam je. Hehehe.

Member2 tanya jugak buat apa kumpul syiling banyak2??
Sebenarnya ini salah 1 sumber simpanan untuk anak aku.
Walaupun tak la banyak mana tapi kira ada la sikit.
Buat tambah2 dalam akaun ASD dia selain dari bonus bulanan akademi aku.

Buat masa ini Aidil la yang dapat sepenuhnya setiap kali kira tabung.
Bila dah ada adik nanti kena bahagi 2 la ye Aidil?? Hehehe.
1st time dulu dapat la dalam RM900++.
2nd time tu kurang sikit dalam RM800 je.
Tak sampai rasanya dalam RM700++ je.
Yang kali ni wallahualam.
Aku memang dah kira tadi tapi tak tepat la.
Esok baru nak bawa pergi bank tengok berapa dapat.
Rezeki Aidil lagi la kali ni.
Nasib dia baik sebab tabung penuh sebelum adik dia lahir. Hehehe.

Dah ada anak macam ni la.
Semua benda anak 1st.
Keinginan aku pun terpaksa tolak tepi dulu.
Takpe la ini yang terbaik yang mampu aku lakukan buat masa ni.
Esok lusa belum tentu aku ada lagi.
Yang penting aku dah lakukan yang terbaik untuk dia sepanjang hayat aku.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...