Sunday 29 April 2012

Aktiviti Sabtu

Assalamualaikum.
Salam sahabat.

Sambungan cerita hari sabtu dulu.
Balik dari Bunian pagi tu aku plan nak pergi KL area Kg Baru tu.
Tapi atas nasihat kawan2 aku pospon jugak la.
Bersih punya pasal.
Tukar plan.
Aku ke Semenyih.
Bisnes partner baru aku, Abg Azmi kata ada kawan tempat kerja dia nak jumpa.
Teruja tengok bonus pertama Abg Azmi.
Aku on je.
Selesai tu aku terus ke Bdr Baru Bangi pulak.
Jumpa member masa sama2 kerja kat Perbadanan Putrajaya dulu.

Selesai semua apa lagi balik la.
Suara Aidil macam memanggil2 pulak. Hehehe.
Sampai rumah wife kata teringin nak makan rojak mee yang kat Bdr Baru Bangi tu.
Layan je la lagipun memang aku tengah free.
Bdr Baru Bangi sekali lagi.
Pekena rojak mee dan cendol memang terangkat.
Duduk pulak bawah2 pokok camtu memang sesuai la.
Aidil pun bukan main selera lagi makan.

Selesai tu sebelum balik rumah singgah Giant kejap.
Beli stok makanan Aidil.
Nama je stok makanan Aidil tapi nanti mama dan abah dia pun belasah sekali. Hahaha.
Sampai rumah je kebetulan ada tetamu datang jugak.
Serentak.
Tak sempat nak buat apa.
Wife goreng nugget je sambil pekena White Coffee Shake yang aku baru beli tu.
Memang sedap.
Siapa nak try rojer2 la.

Sebelah malam pulak aku keluar dengan biras aku, Abg Fendi.
Kami lepak kat Restoran Beryani Gam Johor.
Dia pekena Beryani Kambing.
Aku pekena Beryani Ayam Merah.
Lepas tu masing2 tersandar.
Tapi memang enjoy la sebab kami sama2 orang bisnes.
Sama2 orang positif.
Cerita2 negatif takde sama sekali.

Ehh macam dah panjang pulak entry kali ni.
Nanti senang2 sambung lagi.
TQ la pada yang sudi  baca apa yang aku duk merepek kali ni.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...