Sunday 22 April 2012

Uptown & Downtown

Assalamualaikum.
Salam Sahabat.

Kat KL ni mcm2 ada.
Uptown ada.
Downtown pun ada.
Tapi aku bukan nak cerita sangat pasal uptown mahupun downtown.
Aku just nak cerita pasal peniaga2 yang berniaga kat situ.

Aku ada terbaca dalam paper harini pasal wawancara wartawan dengan peniaga2 kat sana.
Ramai yang kata barang2 yang dijual semua cikai2.
Barang2 yang takde brand.
Cap ayam.
Peniaga2 ni pun mengakui benda2 tu.
Cuma apa yang mereka tegaskan mereka tetap mementingkan kualiti walaupun takde brand.
Sebab tu ramai orang masih beli sebab kualiti terjaga.
Kebanyakan barang diimport dari China dan Thailand.
Macamana pulak pendapatan peniaga2 kat sana??
Range pendapatan bersih mereka antara RM3,000 hingga RM35,000 sebulan.
Wow banyak tu.
Yang berniaga aksesori hp pun boleh dapat RM35,000 sebulan.
Yang urut2 tu pun boleh cecah RM30,000 sebulan.
Kalau musim hujan tak ramai pengunjung sangat dapat la bersih dalam RM3,000 sebulan.

Itulah rezeki orang berniaga.
Kadang2 banyak, kadang2 sikit.
Kadang2 ramai pelanggan, kadang2 langsung takde pelanggan.
Yang pasti mereka tetap berniaga hari2.
Tak boleh nak frust2.
Tak boleh nak give up.
Kalau give up memang confirm takkan berjaya.

Aku ni pun salah sorang dari pengunjung tetap uptown dan downtown ni.
Kalau uptown biasa aku pergi kat Danau Kota tu.
Kalau downtown aku pergi yang kat Cheras atau The Mines.

Apa sebenarnya yang buat ramai orang suka pergi shopping tempat2 macam ni agaknya??
Terlalu subjektif.
Depends on individu.
Kalau tanya aku definitely la sebab harga dia tak mahal.
Then banyak choice.
Bukan 1 barang je, macam2 barang ada.
Segala barang la ada.
Tak payah nak pergi kat banyak tempat.
Pergi uptown segala benda boleh dapat.
Environment memang la agak crowded sikit tapi still santai.
Lepas penat beli barang boleh lepak2 minum pulak.
Kat situ ada, luar dari kawasan situ pun ada.

Moral of the story.
1) 9/10 rezeki dari berniaga. Make sure halal.
2) Persaingan tu penting untuk kita lebih berjaya.
Jangan bomoh2 kalau ada pesaing datang. Hehehe.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...