Thursday 5 April 2012

Esok Dah Jumaat

Minggu ni rasa macam cepat je masa berlalu.
Sedar2 esok dah Jumaat.

Mungkin aku je kot yang rasa cepat sebab baru naik kerja semalam.
Macam2 benda nak kena buat.
Maklumlah cuti panjang.
Tapi kerja pun tak berapa nak usik jugak sebab meeting.
Petang semalam meeting.
Sepanjang pagi tadi meeting.
Petang esok pun meeting lagi.
Kementerian Kuat Meeting la katakan. Hehehe.

Tengahari semalam aku sempat pergi Bangi dengan bisnes partner aku, Danny.
Hantar barang yang di order.
Selesai tu sempat pekena Ikan Bakar kat Restoran De Limau Nipis.
Sekarang ni macam2 barang orang order.
Tinggal sempat tak sempat je nak pergi stokis.
Tapi kalau tak sempat pun, aku kirim orang je.
Biasanya Abg Nasir la.
Kaunselor aku tu.

Petang tadi lepas kerja pergi lepak McD Taman Equine jap atas urusan akademi.
Mudah2an segala urusan dipermudahkan.

Dan ada sikit cerita yang tak best.
Cerita sedih jugak la lebih kurang.
Petang tadi aku dapat call dari orang yang aku tak kenal.
Herman kalau tak salah dia cakap nama dia tadi.
Mana dia dapat nombor aku pun aku tak pasti.
Dia cuma jemput aku datang untuk selection pemain Ping-Pong kat Dewan Presint 8.
Kalau terpilih game nanti main kat Melaka.
Wahh peluang baik ni.
Cuma masalahnya selection tu start pukul 3 petang esok.
Habis pukul 6 petang.
Tu yang sedih tu.
Sah2 aku ada meeting pukul 3 petang esok.
Bubbye je la jawabnya.
Bukan rezeki aku kali ni.
Tapi aku tetap akan turun jugak la dewan tu petang esok.
Mana tahu kot2 ada peluang terpijak. Hehehe.

Azhar
010-2207181

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...