Friday 30 September 2011

Rezeki Saat Akhir

Alhamdulillah.
Aku baru sampai rumah.
Baru balik dari USJ Taipan.
Dapat rezeki di saat2 akhir.
Rezeki yang tak disangka2.
Rezeki di penghujung bulan September.
Beberapa saat sebelum wisel penamat.

Tengahari tadi time aku tengah lunch
dengan rakan niaga dan bakal rakan niaga kat Dengkil
tiba2 dapat call kata dana yang aku hantar kelmarin dah settle sepenuhnya.
Aku terpinga2 jugak biasanya makan 2 ke 3 minggu.
Kadang2 makan bulan.
Yang ni tak sampai 3 hari.
Macam tak percaya pun ada.
Padahal yang aku hantar seminggu 2 minggu lepas pun ada yang tak settle lagi.
Yang ni tiba2 cepat pulak.
Ni lah namanya rezeki dari Allah.
Tiada yang mustahil dengan izin Allah.

Selesai kerja tadi aku terus ke stokis
punch 6 Bio Aura dan 3 Bio Zone Food untuk rakan niaga baru aku ni.
Alhamdulillah semuanya selesai.
Penutup untuk bulan ni.
Selain tu aku ada jugak beli barang yang orang kirim.
2 Ceramik, 2 filter B dan 1 filter C.
Terima kasih Angie sebab kawtim untuk persaonal sales aku bulan depan punya.



Kat stokis tadi ramai jugak yang ada.
CDM Kuyah, CDM Faridah, CDM Hasmidar dan DDM Norita (kalau tak salah).
Semuanya sibuk dengan urusan masing2.
Sempat jugak aku borak panjang dengan CDM Kuyah
atau lebih dikenali dengan nama Mok Ku.
Dia banyak pengalaman so aku curi2 la sikit.
Bekalan untuk aku kongsikan dengan rakan2 niaga aku nanti.

Esok dah start cerita baru.
Lembaran baru.
Bulan baru.
Yang pasti bulan terakhir untuk
Holland
Belgium
Umrah


Thursday 29 September 2011

Akal Dan Emosi

Akal      : Elok juga kita berniaga.
Emosi  : Buat apa. Risikonya tinggi.
Akal      : Risiko boleh diurus.
Emosi  : Kita boleh ke mengurus risiko?
Akal      : Kita boleh belajar.
Emosi  : Taknak lah. Aku malas.
Akal      : Bukannya lama sekejap je.
Emosi  : Lagi baik aku berehat.
Akal      : Malam nantilah kita berehat. Sekarang kita berusaha dulu.
Emosi  : Malam nanti aku nak tengok TV.
Akal      : Aku rasa kita kena kurangkan tengok TV dan luangkan masa untuk cari ilmu.
Emosi  : Buat apa nak cari ilmu. Ilmu yang kita ada sekarangkan dah cukup. 
Akal      : Lagi banyak ilmu lagi bagus.
Emosi  : Kenapa pulak?
Akal      : Minda kita dapat berfungsi dengan lebih baik.
Emosi  : Aku rasa minda aku dah cukup kuat. Tak perlu ilmu lagi.
Akal      : Jom lah. Jangan la macam tu.
Emosi  : Aku letih la hari ni. Esok je lah.
Akal      : Semalam pun kau cakap benda yang sama.
Emosi  : Semalam lain. hari ni lain.
Akal      : Apa yang lainnya?
Emosi  : Hari ni pun aku letih jugak. Jangan la paksa aku.
Akal      : Kau memang macam tu. Ada je alasan.
Emosi  : Kalau kau dah tahu perangai aku macam tu kenapa kau bising lagi? Diam je lah.
Akal      : ?????

Mengapa begitu banyak alasan???

Ujian Allah

Kebelakangan ni aku kurang sihat sikit.
Sebahagian daripada ujian Allah.
Mungkin Dia nak hapuskan sikit dosa2 aku yang banyak tu.
Semalam aku dah pergi klinik ambil ubat tapi masih tak kurang.
Pagi tadi aku pergi lagi.
Kali ni minta injection terus.
Walaupun tak berapa digalakkan tapi aku terpaksa.
Nak cepat kebah.
Nak cepat sihat.
Tak boleh nak tunggu2 lagi.
Dah banyak benda yang tertangguh.
Appoinment malam tadi terpaksa cancel last minute.
Nak cari pengganti pun dah tak sempat.
Meeting kat pejabat pagi ni pun aku terpaksa minta rakan pejabat ganti.
TQ Rizal, sate willy sebagai pengganti nanti.
Kawan bank aku pun dah datang Putrajaya pagi tadi
dari Subang Jaya datang nak jumpa aku ada urusan sikit
tapi hajat tak kesampaian.
Aku minta maaf sangat2 sebab dah banyak menyusahkan orang lain.
Inilah yang dikatakan cedera di masa kecederaan. hehe..

Alhamdulillah la sekarang dah kurang sikit.
Sementara duk tunggu isteri aku tengah masak untuk lunch hari ni
aku update la apa2 yang patut kat sini.
Mungkin nak masuk opis jugak jap lagi sebab banyak benda nak diselesaikan.
Mudah2an aku akan terus sihat untuk teruskan perjuangan.
Amin. 

Wednesday 28 September 2011

Raya Dah Habis

Hari ni hari terakhir dalam bulan Syawal.
Esok dah masuk Zulkaedah.
Mudah2an segala amalan yang kita lakukan sepanjang Syawal
diterima oleh Allah SWT.
Berakhirnya Syawal bererti berakhir juga Hari Raya Aidilfitri.
Bersyukurlah kita kerana masih dipinjamkan nyawa hingga hari ni.

Raya dah habis.
Best tak raya tahun ni??
Dapat tak balik kampung jumpa orang tua??
Dapat tak beraya rumah sanak saudara dan rakan taulan??
Duit raya macam mana??
Banyak keluar ke banyak masuk??
Banyak debit ke banyak kredit??
Tak kisah la apapun yang penting kita happy.
Secara peribadi aku biasa2 je.
Raya tahun ni pun sederhana je.
Terima kasih la kepada yang sudi datang beraya kat rumah.
Maaf la kepada yang nak datang tapi aku takde kat rumah.
Dan maaf jugak kepada yang aku tak sempat nak pergi ke rumah masing2.
InsyaAllah kalau panjang umur tahun depan aku datang.
Memandangkan raya dah habis
aku dah plan macam2 aktiviti.
Aku nak penuhkan jadual bulan Oktober nanti.
Plan yang dah lama tergendala.
Mudah2an segalanya dipermudahkan.
Mudah2 segala perancangan akan berjalan dengan lancar.
Aku hanya mampu merancang.
Allah yang menentukan.
Namun aku yang kena usahakan.





Masa Kecederaan

28 September 2011.
Tinggal 2 hari lagi sebelum masuk bulan Oktober.
Pada aku ni dah kira waktu kecederaan.
Kalau dalam perlawanan bola sepak
waktu ni la semua pemain akan berjuang habis2an
main mati2an.
Lebih semangat dari sebelumnya.
Lebih pantas dari sebelumnya.
Kalau cedera pun macam takde apa2.
Setiap saat tu terlalu berharga bagi mereka.

Dalam bisnes ni pun sama.
Waktu ni la sebenarnye aku kena kerja lebih kuat dari sebelumnya.
Kena all-out.
Kena pulun habis2an.
Selagi wisel penamat belum berbunyi aku kena terus buat.
Mana tahu kalau2 ada rezeki.
Allah nak bagi rezeki tu bila2 masa je.
Yang penting kena usaha.
Pagi tadi aku ada submit dana untuk rakan sepejabat
Kalau ada rezeki dia sempat la sebelum wisel penamat Jumaat ni.
Kalau tak sempat mungkin rezeki bulan depan la.
Tak kisah la mana2 pun.
Tawakal je.



Pengumuman Bonus

Aku baru sampai rumah.
Alhamdulillah selesai jugak semua urusan tadi.
Aku bergerak ke USJ dari rumah pukul 8.45 malam
Tunggu rakan niaga dan bakal rakan niaga kat Tol Puchong.
Sempat jugak la aku lelap mata 10 minit dalam kereta tadi
sementara tunggu mereka sampai.
Terima kasih Danny, Rizal & CC Hamid kerana sudi datang.
Yang penting semuanya pulang dengan semangat
dengan keazaman yang kuat untuk merubah kehidupan.
InsyaAllah.

Bulan September hampir melabuhkan tirainya.
Ada cerita menarik
ada cerita tak menarik.
Apapun aku dah usahakan yang terbaik.
Segala kekurangan akan aku perbaiki lagi.

Cerita pasal pengumuman bonus.
Aku baru dapat info
Bonus bulan September akan masuk dalam akaun pada 11 Oktober nanti.
Hari Selasa kalau tak salah aku.
Wah bestnye.
Macam2 nak buat.
Macam2 nak beli.
Berapa riban dapat bonus nanti??
Setengah bulan gaji??
1 bulan gaji??
3 bulan gaji??
Wallahualam.
Dah nama pun berniaga kita la yang tentukan berapa kita dapat nanti.
Kalau usaha lebih bulan ni dapat la lebih.
Kalau kurang tu kurang la.
Dalam berniaga ni kalau kita buat betul2
kerja 1 bulan pun boleh dapat bonus 1 tahun.
Yang penting kena usaha tanpa henti.
Kena banyak2 berdoa.
Kena tawakal padaNya.
Dan bila dah dapat bonus nanti bersyukur la
sebab rezeki tu datang dariNya jua.






Tuesday 27 September 2011

Last Minute

Malam ni aku akan ke USJ Taipan.
Banyak benda yang nak diselesaikan.
Nak buka bil.
Nak punch.
Nak beli barang2 yang orang kirim.
Ni pulak baru je member call nak beli Minyak Hitam JTX 5000 13 botol.
Banyak tu.
Dan macam2 lagi la.
Dah tentu kena tunggu lama.
Mesti ramai orang.
Mesti kena beratur panjang.
Maklumlah dah hujung2 bulan.
Closing date pun dah dekat.
Semua orang terkejar2.
Tapi tak boleh nak salahkan orang.
Salah aku sendiri
sebab aku yang suka buat kerja last minute.
Suka bertangguh.
Padahal benda ni boleh buat awal2 lagi.

Kalau solat pun sama.
Dah hujung2 waktu baru aku nak solat.
Solat subuh nak dekat pukul 7.
Solat Zuhur dah dekat2 nak Asar.
Senang sekali jalan terus.
Maghrib pun nak dekat Isyak.
Sebab suka bertangguh tu la kadang2 terlajak jugak.
Penyakit ni kena buang jauh2.
Kalau dah merebak nanti lagi susah.

Aku terfikir nak datang awal malam ni.
Tapi susah jugak
sebab nak kena tunggu rakan niaga dulu
yang baru 1st time nak pergi.
Nak pergi tengahari tadi pun tak boleh jugak
sebab ada appoinment kat Dengkil.
Ni antara gambar yang sempat di upload.




Nak pergi lepas kerja tadi stokis dah tutup pulak.
Nak tak nak malam ni jugak la.
Cuma kena banyak bersabar je la nanti.
Nak merungut pun tak boleh
sebab salah sendiri.
Ambil pengajaran.
Bulan depan jangan buat lagi.




Kapak Tumpul

Mengasah Kapak Seminit Adalah Lebih Baik
Dari Menghayun Kapak Yang Tumpul Sepanjang Hari..

Itulah yang aku rasakan malam tadi.
Dah lama tak dapat ilmu yang macam ni.
Dah lama tak asah kepala otak ni.
Dah lama tak dapat semangat macam ni.
Kalau aku kerja bagai nak gila sekali pun
tapi ilmu takde tak guna jugak.
Main belasah je.
Sama la macam duk hayun kapak yang tumpul
yang tak di asah.
Macam mana nak berhasil. 

Aku baru balik dari USJ Taipan.
Ada perjumpaan khas.
Ada pengumuman khas.
Ramai jugak yang datang.
Yang dekat datang.
Yang jauh pun datang.
Yang tak dapat datang tu mungkin ada urusan lain.
Boleh call aku nanti kalau nak tahu.

Che Mat - Menuju ke Zon Kejayaan

Kartini Mat Yaakob - Buat Jangan Berhenti

Faridah Mohd Ali - WAB




Ramainya orang.
Memang meriah.
Memang meletop..
Semuanya gembira.
Semuanya ceria.
Apa tidaknya
tak lama lagi akan terbang ke Holland dan Belgium secara percuma.
Tapi jangan risau
mereka yang baru nak menjenguk2 pun masih ada peluang.
Oktober ni bulan terakhir.
Lepas tu ke destinasi seterusnya.
London
pun percuma.
Sambil menambah sumber pendapatan keluarga
sambil melancong percuma.
InsyaAllah.

Malam esok kalau ada siapa2 yang free
nak datang USJ Taipan bagitahu la.
Kali ni terbuka kepada sesiapa je.
Masuk free tak bayar apa2 pun.
Call je aku
010-2207181

Monday 26 September 2011

Malam Ini

Alhamdulillah.
Baru sampai rumah.
Ingat nak halfday je harini
sebab sakit kepala dari semalam lagi
tapi tak jadi sebab banyak kerja nak kena siapkan kat opis.
Sistem pulak slow harini
lagi la bertambah sakit kepala aku.

Tengahari tadi
aku keluar makan kat Presint 8 dengan bekas rakan sepejabat aku.
Lepas makan terus pergi bank kat sebelah tu
transfer dana untuk bisnes.

Syukur la.
Rezeki masing2.
Masa untuknya dah tiba.
Peluang dah terbentang depan mata.
Tinggal nak rembat je.

Aku pernah dengar
orang dulu2 pernah kata.
3 things in life that once gone never come back..
Time
Words
Opportunity

Malam ni
InsyaAllah aku akan ke USJ Taipan.
Ada perjumpaan tertutup
perjumpaan penting
perjumpaan untuk mencipta kejayaan.
Kepada yang terlibat
kita jumpa malam nanti ye.




Rumah Terbuka

Alhamdulillah.
Dalam kesibukan semalam
dalam keadaan sedikit kekalutan
sempat jugak aku pergi Rumah Terbuka Pengetua Akademi Taipan
Kamarudin Mamat dan Kartini Mat Yaakob.

Selesai urusan di USJ Taipan pagi semalam
aku bersama rakan niaga terus pergi ke Masjid berhadapan Subang Parade
untuk menyelesaikan 1 lagi urusan lain.
Kemudian kami berkejar ke Serdang pulak
jumpa kawan yang dah setengah jam menunggu.
Seperti yang dijanjikan
tepat jam 12.30 aku dah berada di Seri Kembangan
menanti rakan2 niaga yang lain untuk pergi Rumah Terbuka tu.
Mereka tak tahu jalan
so kami konvoi la 5 kereta.
Patutnya ada lagi 3 kereta tapi Missing In Action pulak.
Kami sampai kat sana pun lebih kurang pukul 1 lebih.



Tahun ni tetamu agak ramai.
Sana sini beratur nak amik makanan.
Seperti biasa la yang paling dinanti2
kambing golek.
Orang sanggup beratur panjang
untuk dapatkan kambing golek.
Selain tu ada
Satay
Nasi Lemak
Nasi Manis
Laksa
Mee Kari
Mee Goreng
Kuih muih
dan macam2 lagi.
Yang tak datang memang rugi.
Makanan semua sedap2.
Terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi jemput kami.
Semoga Allah memberi mereka rezeki yang melimpah ruah,
rezeki yang penuh dengan keberkatan.



Sunday 25 September 2011

Bicara Hati

Rajin.
Hati dengki berkata "Dia cuma ingin tarik perhatian bos"
Hati baik berkata "Bagus! Aku ingin mencontohinya"

Beli kereta besar.
Hati dengki berkata "Tak lama lagi kena tarik la tu"
Hati baik berkata "Apakah rahsia kejayaannya"

Berniaga.
Hati dengki berkata "Tamak betul. Tak cukup ke dengan apa yang ada. Dia ingat harta boleh bawa masuk kubur"
Hati baik berkata "Bagus! Moga nanti dia akan menggunakan kekayaannya ke jalan kebaikan"

Baik.
Hati dengki berkata "Mesti ada sebab.. Kalau tak kenapa tiba2 baik dengan aku"
Hati baik berkata "Alhamdulillah. Sikap macam ni yang perlu ada pada semua orang"




Anak Dan Isteri

Malam tadi anak aku tidur awal.
Aku dan isteri masih belum mengantuk
so kami borak la macam2 hal.
Dari 1 cerita ke 1 cerita.
Dari 1 isu ke 1 isu.
Sampai la tiba2 isteri aku tanya 1 soalan
yang buat aku terus tak boleh tidur 1 malam.
Asyik terfikir je soalan tu.
Takut ada.
Risau ada.
Macam2 perasaan la ada.

Abg rasa macam mane dengan Aidil
kalau kita dua2 meninggal dunia dalam masa terdekat ni??

Aku rasa macam dah kena panah petir je waktu tu.
Jantung aku ni tiba2 laju je.
Macam2 yang bermain kat fikiran aku.
Siapa nak jaga anak aku?
Ada ke orang yang nak jaga dia?
Macam mana dengan makan minum dia?
Ada ke orang nak bawa dia jalan2?
Macam mana dia hidup tanpa abah dan mama dia?
Macam mana keadaan dia bila bangun tidur tengok kami takde?
Ya Allah aku tak tau nak cakap apa.
Aku doa moga Allah tak cabut nyawa kami secepat itu.
Biar la sampai anak aku mampu berdikari.
Bagi la aku masa
sampai aku mampu ubah kehidupan anak aku
ubah kehidupan keluarga aku.
Bagi yang terbaik untuk mereka.






Ini semua adalah sumber inspirasi aku.
Kekuatan aku.
Nyawa aku.
Mereka yang buat aku sentiasa bersemangat
sentiasa tabah
dalam mengharungi kehidupan yang sangat mencabar.
Aku selalu berjanji
aku akan lakukan yang terbaik untuk mereka.
Aku nak bagi yang terbaik untuk mereka.
InsyaAllah





Saturday 24 September 2011

Wasiat di Tali Gantung

Gambar ni aku ambil di Presint 16 Putrajaya pagi tadi

Tahniah.
Selamat datang ke Akademi Taipan.

Siapa orang ni??
Aku yakin
Bila aku sebut je nama rakan niaga aku yang baru ni
pasti ramai yang mengenalinya.
Ramai yang tahu
dia orang yang peramah.
dia orang yang sentiasa ceria.
dia orang yang sentiasa tersenyum.
Tapi
tak ramai yang tahu kisah di sebalik kehidupannya.
Kisah yang cukup menarik untuk aku kongsikan.
Aku harap apa yang akan aku ceritakan ni
akan menjadi tauladan buat aku dan rakan2 pembaca yang lain.
Secara peribadi aku amat kagum dengannya.

Syukurlah dia telah dipertemukan dengan insan hebat
insan yang sudi berkongsi peluang bagi mengubah kehidupannya.
Danny Eku.
Hari ini
dia telah memilih Akademi Taipan
sebagai landasan untuk mengubah kehidupan.
Aku juga bersyukur
kerana aku berpeluang untuk membantuya
bersama Akademi Taipan 181.

Abdul Rahman Ibrahim.
Aku panggil dia Abg Rahman.
Berusia 33 tahun.
Kini bekerja sebagai seorang Pemandu Kenderaan 
dalam sektor kerajaan.
Isterinya surirumah sepenuh masa.
Mempunyai 4 orang anak.
Dan yang benar2 buat aku terharu
bila dia mula bercerita mengenai anak keempatnya.

Aku tahu memang dia ada 4 orang anak.
Tapi aku tak tahu yang anak keempat tu
adalah anak angkatnya.
Anak kepada rakan karibnya
yang telah menemui ajal di tali gantung
akibat terlibat dengan sindiket pengedaran dadah.
Dulu mereka berdua sama tempat kerja.
Memang dulu arwah mengalami masalah kewangan yang sangat kritikal.
Menyewa di sebuah bilik yang sangat kecil
bersama isteri dan 2 orang anaknya.
Di situ lah tidur
di situ lah masak
di situ lah makan.
Disebabkan kesempitan hiduplah arwah terjebak
dengan sindiket pengedaran dadah.

4 bulan yang lepas
Abg Rahman menerima panggilan telefon dari penjara.
Dia diminta hadir ke penjara menemui rakan karibnya tu.
Arwah telah meninggalkan wasiat sebelum ke tali gantung.
Wasiat terakhir.
Minta tolong jaga bayinya yang baru lahir.
Bayi yang baru berusia seminggu.
Biarpun diri sendiri dalam kesusahan
Biarpun diri sendiri dalam kesempitan
Biarpun diri sendiri cukup2 makan.
Biarpun diri sendiri sedang berdepan dengan pelbagai masalah kewangan.
Isteri tidak bekerja.
Anak kandung bongsunya sendiri baru berusia setahun
perlukan belanja yang agak banyak.
Namun dengan izin Allah
dia dan isteri sepakat terima jugak wasiat tu.
Ambil sebagai anak angkat.
Katanya
Mungkin ini ujian dari Allah.
Allah nak duga saya waktu saya dalam kesempitan.
Mana tahu 1 hari nanti Allah balas dengan rezeki.

Kini
4 bulan telah berlalu.
Allah telah buka pintu rezekinya
melalui Akademi Taipan.
Dia yakin ini adalah rezeki yang Allah janjikan.
Wasiat yang diterima 1 ketika dulu
mungkin telah membuka pintu rezeki baru.
InsyaAllah
dengan usaha yang bersungguh2 dan berterusan
aku yakin kehidupannya pasti akan berubah.

Kepada rakan yang sedang baca blog ni.
Sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat
dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. 








Feedback Dalam FB

Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur
masih sihat
masih bertenaga untuk terus bekerja pada hari2 cuti begini.
Aku baru selesai solat Subuh
tapi solat kat rumah je.
Patutnya pergi berjemaah kat Surau atau Masjid.
Bukan jauh pun.
Aku je yang malas.
Aku je yang suka bagi alasan.

Hari ni aku tak banyak temujanji.
10 pagi nanti kat Putrajaya
2 petang pun Putrajaya jugak.
Itu je setakat ni.
Pukul 4 petang kakak ipar aku buat Open House
kat Taman Equine je.
InsyaAllah akan pergi sebab memang tengah free.

1 benda menarik yang aku nak share.
Kalau jadi la 
mungkin malam ni aku jumpa sorang kakak ni dengan suami dia
kat Jusco Taman Equine.
Dia hantar mesej kat inbox FB aku semalam.
Katanya dia selalu baca blog aku.
Dari entry 1st sampai yang terbaru.
Cuma baru2 ni dia bengang kat aku.
Dia tak puas hati kat aku
pasal entry "Petunjuk Jalan Kejayaan" tu.
Katanya aku buat dia rasa serba salah.
Aku pun tak faham sebenarnya.
Aku rasa aku tulis biasa je.
Dah 2 ke 3 kali aku baca balik entry tu
macam takde apa2 je.
So aku nak jumpa dia.
Malam ni baru dia free
sebab siang banyak Open House.
Aku nak bagi je buku tu kat dia.
Sambil tu aku nak tau jugak apa yang buat dia bengang sangat tu.
Apapun aku nak ucapkan terima kasih kat dia
sebab sudi baca blog aku yang seberapa ni.
(Kalau akak tengah baca entry ni, jangan lupa 8 malam ni ye)


 

Friday 23 September 2011

Sekotak Rokok Sehari

Semalam aku jumpa seorang kawan lama.
Kawan zaman aku duduk kem dulu.
Dia lebih senior dari aku.
Sekarang dah jadi pegawai bank.
Kebetulan semalam dia nak bawa isteri beli barang
kat Pasar Borong Selangor.
Dah dekat dengan rumah aku so aku ajak je la pergi minum2.
Dia lagi suka
sebab biasanya dia duduk dalam kereta je time isteri dia beli barang kat situ.
Kami borak la berdua kat warung dalam Pasar Borong tu
sementara tunggu isteri dia.

Kamain peramah lagi dia sekarang.
Macam2 topik la keluar.
Dia lebih suka bercerita pasal kerja dia.
Sibuk memanjang.
Kadang2 kerja dari pagi sampai pagi.
Meeting sana sini.
Outstation berhari2 tinggal anak isteri.
Target achieve.
Target tak achieve
dan macam2 lagi la.

Hampir sejam jugak la kami borak2.
Aku rasa lebih 5 batang rokok dah dia belasah.
Memang heavy smoker la.
Katanya kalau tak merokok sehari rasa macam nak mati.
Sekotak sehari tu biasa.
Kadang2 lebih.
Bangga je dia cerita.
Aku layan je la.


Kalau difikir2kan balik
aku rasa membazir je merokok ni.
serupa je macam bakar duit.
Yelah cuba bayangkan..
Sehari 1 kotak.
1 kotak sekarang lebih kurang RM10.
Kalau sebulan dah Rm300.
Kan banyak tu.
Macam2 boleh buat dengan RM300.
Beli barang2 rumah
barang2 keperluan anak
bagi mak ayah
dan macam2 lagi la.
RM300 tu kalau buat bisnes dengan Akademi
dalam masa 4 bulan dah boleh dapat lebih RM20 ribu.

Segelintir mereka kata,
Membazir je buat bisnes2 ni.
Kalau berjaya ok la.
Kalau tak berjaya rugi je.
Itu kata meraka.
Aku pulak kata,
Membazir je merokok2 ni.
Kalau sihat ok la.
Kalau tak sihat silap2 boleh meninggal dunia.
Hehehe..

Maaf la kalau ada yang terkecik hati.
Luahan hati dan pandangan aku je.
Aku tahu ajal maut di tangan Allah.
Tak hisap rokok pun boleh meninggal jugak.
Tapi apa salahnya kalau kita berusaha.
Tak rugi pun kan.
Wallahualam.



Jika dan Pilihan

Jika hujan,
Aku boleh merungut
Atau aku boleh bersyukur
kerana aku tidak perlu menyiram pokok.

Jika makanan aku tak sedap,
Aku boleh merungut
Atau aku boleh bersyukur
kerana aku mempunyai makanan.

Jika aku kurang sihat,
Aku boleh mengeluh
Atau aku boleh bersyukur
kerana aku masih bernyawa.

Jika aku mendapat khabar buruk,
Aku boleh menangis tanpa henti,
Atau aku boleh bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya.

Jika aku kurang kawan,
Aku boleh bersedih
Atau aku boleh menganggapnya sebagai peluang
untuk mencari kawan baru.

Jika aku membuat kesalahan,
Aku boleh membiarkannya begitu sahaja
Atau aku boleh memperbetulkannya
dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

Jika ilmu pengetahuan aku masih kurang,
Aku boleh menjadikannya sebagai alasan untuk tidak mencapai cita2 ku
Atau aku boleh memulakan usaha mencari ilmu yang bermanfaat. 

Jika aku kekurangan wang,
Aku boleh bersedih
Atau aku boleh menjadikannya sebagai pendorong
untuk berusaha dengan lebih gigih dan bijaksana.

Jika aku ditimpa kesusahan,
Aku boleh menyalahkan orang lain
Atau aku boleh bersabar dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Jika impian aku belum tercapai,
Aku boleh mengalah
Atau aku boleh menilai diri dan perancanganku
dan memperbaiki kedua2nya.












Thursday 22 September 2011

Lelong Emas

Hari ni lain dari yang lain.
Sana sini penuh dengan orang.
Selalunya lengang je.
Pagi tadi aku pergi Anjung penuh.
Tengahari pulak
aku ada appoinment kat mamak Darussalam.
Jalan nak keluar opis sampai jem.
Parking pun susah.
Seat nak duduk pun penuh.
Nak bayar pun beratur panjang.
Rakan niaga aku yang belanja lunch tadi.
TQ yer!!
Mamak tu siap tanya
kenapa ramai sangat orang baju batik makan kat sini hari ni?
Rupanya sebab hari ni penjawat awam dah dapat gaji.
Alhamdulillah.
Syukur pada Allah.
Terima kasih pada Allah kerana masih memberi kita rezeki.
Berapa pun gaji yang kita dapat tadi, itu pilihan kita.
Kalau banyak pilihan kita.
Kalau sikit pun pilihan kita.
Berapa lama gaji tu boleh bertahan pun pilihan kita.

Cerita pasal emas.
Lewat petang tadi lebih kurang pukul 4.45
aku dan seorang bakal rakan niaga pergi Bank Rakyat Presint 15, Putrajaya.
Alhamdulillah kini dah jadi rakan niaga aku.
Bulan depan dapat la hadiah jam tangan Roscani yang cantik tu.
Sementara dia berurusan di kaunter
aku pulak sibuk tengok barang kemas yang dilelong.
Esok tarikh tutup.
Kena beat sebelum esok.
Siapa bayar paling tinggi dia la yang dapat barang tu.



Ramai jugak yang beat.
Bagi aku kalau ada duit lebih memang bagus pun beli emas.
Tak kira la untuk pakai sendiri atau untuk pelaburan.
Tapi kalau aku
aku lebih suka beli untuk pakai sendiri.
Maksud aku isteri aku la yang pakai bukan aku.

Buat bisnes dapat duit beli emas
lebih baik daripada
buat loan dapat duit beli emas.
Cuma kadang2 aku terfikir.
Kenapalah emas2 ni sampai kena lelong.
Bukan senang nak beli emas sekarang ni.
Mahal tu.








Rezeki Pengarah Filem/Drama

Alhamdulillah.
Aku baru balik dari Emerald East, Rawang.
Opeh House rumah pakcik aku.
Rashid Sibir.
Memang happening.
Memang meriah.
Macam2 makanan ada.
Nasi beriyani
Soto
Satay
Roti Jala
Char Kuey Teow
Bubur.
Nasi Impit
Mee
dan seperti biasa yang jadi tumpuan ramai
kambing golek
9 ekor pulak tu.
Memang layan.


Sebenarnya aku dah lama tak jumpa dia.
Last jumpa raya tahun 2010 kat Batu Pahat.
Dulu time kita orang dua2 bujang
memang aku selalu jugak lepak2 dengan dia.
Kadang2 ikut dia pergi shooting sana sini.
Aku pun time tu memang sentiasa free.

Sejujurnya
dari dulu lagi aku kagum dengan pencapaian dia
dengan kejayaan dia.
Dia merupakan seorang Pengarah Filem dan Drama.
Dia tak suka makan gaji.
Bermula dengan biasa2 je.
Lepas tu buat drama kecil2an.
Drama arahan sendiri.
Lepas tu memberanikan diri buat filem pulak.
Awalnya kurang berjaya.
Tapi dia berusaha dan terus berusaha.
Hasilnya sungguh luar biasa.
Sekarang dah ada syarikat sendiri.
Opera Klasik Sdn Bhd.
Drama2 arahan dia pun banyak yang meletup.
Memang masyukk la.



Tadi aku tak dapat nak borak panjang dengan dia.
Anak aku meragam pulak.
Sebelum balik tadi dia ada jugak pesan suruh datang lagi
waktu tak ramai orang.
Boleh borak panjang2.
InsyaAllah.

Wednesday 21 September 2011

Hari Ini

Hari ni aku cuti.
Minggu lepas lagi aku dah apply.
Ada urusan keluarga yang nak diselesaikan kat KL.
Kalau ikutkan malas nak cuti.
Tapi memandangkan mesti lebih dari 4 jam so aku cuti je la.
Dalam jam 1 tengahari baru selesai.

Alang2 dah cuti
aku terima 1 temujanji kat Taman Subang Mewah jam 2 petang.
Aku tak tahu jalan
so terpaksa tunggu rakan niaga aku kat depan Mydin USJ.
Kebetulan kawan bank aku telefon nak amik dokumen bakal rakan niaga.
Dia dari Puchong pulak
kena la aku tunggu jugak.
Last2 jam 2 lebih jugak aku sampai kat rumah tu.
Ada 2 orang baru.
Dua2 wanita.
Aku share macam biasa la.
Alhamdulillah dua2 positif.
Dua2 dah beli tiket WAB.
Kalau takde aral mereka akan hadir Ahad ni.
InsyaAllah.
Gambar2 yang aku amik tadi tak sempat nak upload kat sini.
Sebab duk kalut nak keluar balik pergi Rawang pulak.
Pakcik aku buat Open House.
Harap2 tak sesat la sebab jarang pergi sana. 


Duka di Saat Suka


Sekali pandang gambar ni macam takde apa2.
Sebaliknya mempunyai 1001 cerita.
1001 kenangan.

Ini gambar mak aku dengan pakcik aku
kat Hotel Park Royal Bukit Bintang
pada 19 Mei 2000.
Hari Jumaat sekitar pukul 4 petang.
Kami beramai2 ke sana bagi meraikan majlis pernikahan makcik aku.
Zulaidah Atan bersama suaminya Muhammad Rizuan Morris.
Mereka bernikah di Masjid Negara selepas solat jumaat.

Semua saudara mara berkumpul di rumah aku kat Kem PPH Cheras
seawal hari khamis lagi.
Selepas solat jumaat di Masjid Al-Amin.
Kami bersiap2 untuk terus ke Masjid Negara.
Konvoi 3 kereta.
Mak aku seperti biasa asyik nak fikir pasal rumah.
Kemas rumah dulu.
Mak tak suka sepah2.
Katanya bila rumah kemas baru hati tenang nak keluar.
Sampaikan kami dah masuk kereta pun dia masih di luar kereta
duk tenung rumah dari jauh tu berminit2.
Hati kecil aku berkata macam la tak balik sini lagi nanti.

Sampai di Masjid Negara semua naik ke atas.
Ke ruang dalam masjid.
Mak tak bagi aku naik.
Dia minta aku temankan dia kat kereta je.
Sebab dia sakit lutut tak boleh naik tangga sangat.
Berkali2 aku pujuk mak.
Aku nak naik jugak
sebab ni kali pertama aku nak tengok orang bernikah.
Aku janji abis je nikah aku terus turun.
Akhirnya mak akur dengan kedegilan anak dia ni.
Selesai pernikahan, mereka sakan bergambar.
Aku tak tunggu pun.
Aku terus turun teman mak kat kereta.
Kemudian kami semua pergi ke Hotel Park Royal
untuk Minum Petang.
Pengantin lelaki dah booking tempat tu.
Sampai di sana.
Adik2 mak duk seronok berborak dengan mak.
Sambil berjalan nak ke lobi hotel tu pun borak.
Siap berpimpin2 tangan lagi.
Maklumlah jarang jumpa.
Lagipun mak bukan larat sangat berjalan.
Aku pulak jalan je la 2 beradik dengan abg aku
sebab mak dah ada peneman.
Kakak aku pulak tak dapat balik.
Dia belajar kat Universiti of Kent, United Kingdom.
Kami tunggu mak kat dalam hotel.
Tiba2 bila mak masuk dia kata
Amboi anak mak dah lupa kat mak.
Nampak hotel terus lupa mak.
Aku diam je tak cakap apa2.
Sedih pun ada.
Kecik hati pun ada.
Padahal aku takde niat pun macam tu.

Selesai minum petang kami terus bergerak ke Muar Johor.
Majlis Persandingan akan diadakan di Dewan Jubli Intan
pada hari Ahad 21 Mei 2000.
Aku naik 1 kereta dengan abah, mak dan makcik aku yang baru nikah tu.
Macam2 yang kami borakkan.
Bila mak tengah sakit belakang duduk lama kat dalam kereta
seperti biasa aku akan tolong sapukan minyak panas kat belakang dia.
Mak sempat jugak bergurau dengan makcik aku.
Katanya
Ngah ni asyik sakit je.
Takut tak dapat nak pergi kahwin kau Ahad ni.
Lagipun Ngah tak tau nak pakai baju apa.
Tak sempat nak beli.
Ngah pakai baju koyak2 je la boleh tak?
Janji tutup aurat.
Kami semua senyum je.

Suasana di kampung hari Sabtu tu memang ceria.
Semua berkumpul tu yang meriah.
Dah macam hari raya.
Awal pagi abah dah pergi pasar beli barang untuk masak tengahari.
Mak minta tolong abah masak hari tu.
Aku duk tengok TV je.
Tiba2 mak datang bawa buah kegemaran aku.
 Buah pisang.
 1 sisik pulak tu suruh aku makan.
Aku tak pernah makan sebanyak tu.
Lepas tu mak bersandar kat belakang aku.
Sakit belakang katanya.
Kemudian dia bertukar posisi baring pulak.
Baring 1 bantal dengan abg aku.
Pelik betul perangai mak haritu.
Manja semacam je.

Dalam pukul 3 kami selesai makan beramai2.
Lepas solat zohor aku sambung tengok TV balik.
Tiba2 aku dengar bunyi riuh rendah kat dapur.
Makcik aku menjerit2 menangis.
Aku berlari ke dapur.
Aku tengok mak tengah terbaring atas pangku abah.
Abah ajar mak mengucap 2 kalimah syahadah.
Mak ikut mengucap.
Sayup je aku dengar suara mak.
Aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku waktu tu.
Kaku.
Lidah pun kelu.
Air mata ni tiba2 je mengalir keluar.
Tak dapat nak ditahan2.
Kami tunggu ambulans tak sampai2.
Kami dah abis baca Yassin pun ambulans masih tak sampai.
Akhirya abah ambil keputusan bawa mak ke hospital Muar naik kereta je.
Mak baring atas riba aku kat seat belakang.
Aku pegang tangan mak sejuk je.
Denyutan nadi masih terasa.
Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
Mudahan2 mak selamat.
Sampai di bulatan Muar kami berselisih dengan ambulans.
Dekat situ jugak abah berhenti dan kami angkat mak
masuk dalam ambulans.
Dalam ambulans pun aku masih pegang tangan mak.
Dengan harapan mak akan lebih kuat.
Tiba2 aku dapat rasa tangan mak terkulai jatuh.
Allah je yang tahu perasaan aku waktu tu.
Sampai di hospital
doktor kata mak tak dapat diselamatkan.
Mak dah tiada.
Mak dah pergi meninggalkan aku buat selama2nya.
Aku tak dapat kawal perasaan.
Aku dah menghuru-hara kan keadaan di wad kecemasan tu.
Aku hampir2 mencederakan diri aku sendiri.
Mujur abah dan doktor dapat kawal aku.
Aku tak mampu terima hakikat
yang aku kehilangan insan paling istimewa dalam hidup aku.
Mak pergi di saat aku sedang belajar mengenal kehidupan yang sebenar.

Baru aku sedar.
Rupanya
Mak dah tau dia takkan balik lagi ke rumah yang dia tenung tu.
Mak dah tau dia tak sempat nak tengok adik dia bersanding.
Mak dah tau dia akan pakai kain kafan je
pada majlis persandingan adik dia nanti.
Kain putih yang di koyak2 je tanpa sebarang jahitan.
Mak dah tau itu adalah kali terakhir dia dapat makan masakan suami dia.
Mak dah tau lepas ni dia tak dapat nak bagi aku makan pisang lagi.
Mak dah tau lepas ni dia tak boleh duduk bersandar
dan baring sebantal dengan anak2 dia lagi .

Hari ini.
Takde lagi kasih sayang mak.
Takde lagi belai manja mak.
Takde lagi gurau senda mak.
Takde lagi masakan istimewa mak.
Semuanya tinggal kenangan.
Sebagai anak aku sentiasa berusaha untuk menjadi anak yang soleh.
Itulah yang mak selalu pesan dulu.
Salah 1 amalan yang berkekalan bila mak dah takde nanti adalah doa anak yang soleh.
Aku berdoa agar roh mak dicucuri rahmat.
Aku berdoa agar mak ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.
Amin.

Al-Fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...