Wednesday, 5 October 2011

3 Dalam 1

Apa yang aku nak ceritakan ni
menjurus kepada aktiviti bisnes aku hari ni.

Cerita 1
Tengahari tadi aku ada temujanji di Foodcourt Presint 16 Putrajaya.
Aku pergi dengan Danny, Abg Rahman dan bakal rakan niaga baru, Bob.
Nama sebenar aku tak pasti cuma yang aku tahu orang panggil dia Bob.
Masih bujang dan sedang mencari2 calon katanya.
Maaf aku terlupa nak snap gambar dia.
Kalau tak, yang masih single boleh la isi borang. hehe..
Alhamdulillah positif.
Aku sedang uruskan dana dia.

Cerita 2
Petang tadi Abg Rahman bawa seorang rakan lama dia ke Putrajaya.
Kami plan lepas kerja pukul 4.30 tu terus share la.
Kebetulan Danny pun dah bawa 2 orang kawan dia ke tempat yang dijanjikan.
Baru je aku nak pergi tiba2 dapat panggilan telefon
aku kena masuk mesyuarat mengejut dengan bos besar.
Start mesyuarat pukul 4.45 pulak tu.
So tak jadi la nak jumpa mereka semua tadi.
Tapi aku dah buat appoinment baru.
Seorang tengahari esok
dan lagi 2 orang petang esok.
Mudah2an semuanya berjalan lancar.
Lepas habis mesyuarat tadi aku terus ke Restoran Al-Azwath Seri Kembangan.
Jumpa Abg Salleh yang aku pernah cerita pada entry sebelum ni.
Dia turun dari Melaka dengan bos dia.

Abg Salleh

Bos dia. Nama aku dah lupa. hehee

Aku jumpa dia sebab nak submit dana bakal rakan niaga
yang aku jumpa tengahari semalam kat Dengkil tu.
Kemudian kami bincang2 sikit pasal urusan dana.
Mana tahu ada cara yang lebih mudah dan terkini.
Selesai je aku terus ke Restoran Al-Rizwath pulak (belakang Al-Azwath).
Jumpa kawan lama.
Anak muda berjiwa besar.
Dulu pemakan gaji tegar.
Sekarang dah jadi usahawan sepenuh masa.
Tahniah.

Mohd Izwan.

Cerita 3
Malam tadi seperti biasa aku ke USJ Taipan.
Ada Bisnes Preview Akademi Taipan 181.
Makin ramai.
Makin mantap.
Dari Penang turun.
Dari Melaka turun.
Serata Malaya turun.

Kata2 Aluan - CDM Julianah Munaf

Ice Breaking - CDM Fitri

Sharing 1 - SM Norhasleney

Sharing 2 - SSM Danny

Sharing 3 - DSM Rahim

Sharing 4 - Aku.. hehe

Sharing 5 - DDM Kepet

Aboi dan Danny dari Putrajaya

Pika, Leney dan Pina dari Sg Buloh

Ina dan Kak Roslah dari Keramat

Mereka datang untuk mencari ilmu.
Mereka datang untuk mencari semangat.
Mereka datang untuk mencari rahsia kejayaan Akademi Taipan.
Tahniah aku ucapkan.
Perahu telah tersedia, dayung telah berada di tangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...