Thursday, 6 October 2011

Latihan Kebakaran

Lebih kurang pukul 10.30 pagi tadi
kat opis aku ada buat latihan kebakaran.
Aku mati2 ingat memang terbakar betul2
sebab awal pagi tadi ketua kerani duk bising kata opis bau asap.
Aku tengah selsema memang tak boleh nak bau apa la.
Waktu kejadian tu aku baru je masuk surau.
Tak sempat pun nak buat apa2 terus terdengar riuh rendah kat luar
bunyi loceng dan pengumuman sana sini suruh keluar dari bangunan pejabat.
Aku pun apa lagi cabut la.
Tengok2 semua orang tenang je kat luar
boleh berjalan sambil berborak2 mesra lagi.
Baru aku tahu rupanya latihan je.

Lumrah manusia.
Tenang je sebab dah tahu ni cuma 1 latihan.
Takde tekanan.
Jalan pun boleh lenggang2 lagi.
Ada yang sempat makan minum kat Anjung lagi (aku la tu).
Tapi bukan aku sorang la.
Ramai lagi. hahaa..
Cuba kalau terbakar betul2
mahu tak cukup tanah berlari rasanya.
Betul kata orang
kita kena letak sedikit tekanan dalam diri
kalau kita nak keluar dari zon selesa
kalau kita nak belajar memajukan diri sendiri.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...