Hari ni aku agak sibuk.
Hari2 pun sibuk sebenarnya tapi hari ni lain sikit.
Sibuk kat opis.
Dari awal pagi sampai ke tengahari aku duk sibuk siapkan macam2 report
untuk mesyuarat kul 2.30 petang tadi.
Tengahari pun aku tak sempat nak keluar ke mana2
duk buat kerja kat opis.
Dah la sistem slow
syukur la rakan2 sepejabat banyak membantu.
TQ Rizal, Azwa, Diyana, Ayus dan lain2.
Sepatutnya tengahari tadi aku nak jumpa kawan bank aku
tapi syukur la dia dah boleh deal direct dengan rakan2 baru aku dalam Akademi.
Mesyuarat start tepat 2.30 petang dan selesai pukul 6.30 petang tadi.
4 jam jugak la lebih kurang duduk dalam bilik mesyuarat tu.
Terjebak aku kat situ.
Tepu jugak kepala aku ni dibuatnya.
Tapi apa boleh buat "saya yang menurut perintah".
Cuma secara peribadi aku rasa
kalau betul2 bincang agenda mesyuarat je tadi
takde iklan2
tak sampai 2 jam pun dah boleh habis.
Tapi takpe la layan je.
Selesai je mesyuarat aku terus gerak balik rumah.
Untuk mengurangkan tekanan aku ajak isteri aku keluar pergi Giant.
Yang dekat2 je malas nak pergi jauh2.
Saje nak jalan2 bawa anak sekali
dalam setengah jam pun jadi la.
Tempat permainan Aidil.
Pekena Nasi Goreng Pattaya
Mee Goreng Mamak
Aidil cari port biasa dia.
Bukan main khayal lagi dia duk pilih buku.
Pilih buku agama la pulak. Nak suruh abah dia insaf agaknya.
Alhamdulillah la.
Yang penting enjoy.
Esok pagi Aidil ada temujanji doktor pakar.
Harap semuanya akan baik2 belaka.
Amin.
No comments:
Post a Comment