Saturday, 15 October 2011

Dari Sahabat Baru

"Assalamualaikum...

sekadar ingin tahu. mungkin juga mahu menimba ilmu. mana tahu rezeki juga di pihakku (insyaAllah). jika mencari rezeki dengan cara ini adalah Halal dan diberkati Allah, sudi kah nak bercerita sedikit (boleh juga email kepada saya, akan diber kemudian)? mahu juga bertemu tapi sungguh jauh beribu batu."


Teks di atas aku terima dari comment dalam blog aku bertarikh 12 Oktober 2011.
dari seorang sahabat yang belum aku kenali
Apapun aku nak ucapkan terima kasih kepada dia dan rakan2 pembaca semua
kerana sudi baca blog aku yang tak seberapa ni.

Sudah semestinya aku sudi berkongsi peluang.
Tak mungkin aku rahsiakan sesuatu yang baik
yang juga mungkin boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Ramai diluar sana yang beranggapan
berkongsi peluang perniagaan ni adalah bermotifkan keuntungan semata2.
Malangnya pernah tak mereka terfikir manfaat yang bakal mereka perolehi
sekiranya mereka berkongsi peluang ni kepada orang lain
terutamanya orang2 yang sangat memerlukan.
Kita berkongsi peluang
kita beri ilmu
kita beri bimbingan
supaya mereka berjaya bukan sahaja di dunia
malah di akhirat kelak.
InsyaAllah.
Mudah2an Allah kurniakan pahala pada kita.
Yang penting kena ikhlas.
Betul2 ikhlas untuk bantu mereka.
Pahala tu perkara ke-2.
Sebut ikhlas memang mudah tapi nak buat tu yang susah.
Ikhlas ibarat seekor semut hitam di atas batu hitam pada waktu malam yang gelap gelita.
Atau baru ni aku dengar ceramah seorang ustaz kat radio.
Dia kata ikhlas tu ibarat kita buang air besar.
Lepas dah buang tu kita terus lupa dan takkan tengok2 lagi benda yang keluar tu.
Hehehe maaf ye.
Untuk kebaikan apa salahnya cakap terus.

Aku masih ingat lagi salah 1 dari pengalaman aku sendiri.
Seorang rakan niaga aku.
Kak Azwa dari Nilai.
Pernah 1 hari dulu dia sms aku.
Katanya
"Terima kasih Azhar.
Akak bersyukur sangat2.
Akhirnya akak dah dapat buat ibadah korban dan aqiqah
 untuk tiga2 anak akak sekaligus.
Dah lama akak dan suami nak buat tapi belum mampu.
Alhamdulillah bila buat bisnes ni termakbul jugak hajat kami."

Aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan aku waktu tu.
Yang pasti aku pun bersyukur pada Allah
sebab beri aku kekuatan untuk sama2 berniaga dengan dia.
So buat saudara/saudari yang hantar comment kat atas tadi tu
InsyaAllah saya sudi berkongsi peluang
saya sudi berkongsi ilmu yang tak seberapa ni
dan saya sudi beri bimbingan
sekiranya saudara/saudari sudi meluangkan masa
untuk berbincara dengan saya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...