Saturday, 22 October 2011

Warung Bunian

8.30 pagi tadi aku ada temujanji
sepatutnya kat Desa Pinggiran Putra
tapi waktu aku dalam perjalanan tadi CC Azmi minta tukar lokasi.
Dia bagi direction aku ikut je.
Akhirnya sampai jugak.
Warung Bunian.
Tempat yang agak terpencil
jauh ke pendalaman.
Jalan sempit kiri kanan lalang je
tu pun muat2 lalu 1 kereta je.
Parking agak susah jugak.
Tapi yang pelik ramai betul manusia makan kat situ.
Tak tahu la manusia ke bunian.
Penuh.
Makanan memang boleh tahan sedap.
Aku pun tak sempat nak tanya tauke warung atau orang2 kat situ
nape nama warung ni Warung Bunian. 
Kalau ada siapa2 teringin nak pergi situ bagitahu la.
Kena bawa aku sekali.
Kalau tak confirm sesat.. hehee

CC Azmi
CC Haji Mat

Tujuan aku ke sana untuk kongsi peluang perniagaan
kat kawan CC Azmi.
Dah lebih 15 tahun mereka berkawan.
CC Abg Mat
ada orang panggil Haji Mat.
Salah sorang CC di Kementerian tempat aku bekerja.
Orangnya agak serius.
Tak berapa banyak cakap.
Sekali2 ada bertanya jugak kalau nak lebih jelas
especially tentang isu halal haram
tentang agihan pendapatan
tentang isu penindasan dalam perniagaan
tentang konsep bimbingan
tentang produk
tentang pakej mengerjakan Umrah
dan macam2 lagi.
Alhamdulillah Abg Mat berminat.
Malah dia teruja dengan konsep yang Akademi ketengahkan.
Isnin ni aku akan uruskan dana perniagaannya.
InsyaAllah rasanya takde masalah.
Dah berpuluh2 tahun dia berkhidmat
dan sehingga kini masih belum ada sebarang komitmen dengan mana2 institusi kewangan.
Mudah2an segala urusan akan dipermudahkan.
Bersama2 kita berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...