Friday, 14 October 2011

Bekas Rakan2 Sepejabat

Lepas kerja petang semalam
aku terus ke Restoran Haji Tapah Presint 15.
CC Hamid dah tunggu kat situ bersama 2 orang kawan
yang nak tahu pasal peluang perniagaan.
Kalau ikutkan dua2 orang ni kira 1 opis la dengan aku.
Tapi sekarang dah transfer ke tempat lain.
Aku memang tak pernah jumpa mereka la sebelum ni.
Maaf la gambar aku tak sempat ambil.
Kalau tak boleh tunjukkan kat sini.
En Samhan dan En Syamsul.
2 orang yang mempunyai 2 cerita yang sangat berbeza.

En Syamsul.
Aku demo seperti biasa.
Nampak dia positif.
Masih bujang
gaji pun besar
teruja dengan Akademi Taipan
kerana nak melancong mengelilingi dunia secara percuma.
Sebelum ni pernah ke Eropah antara yang paling diminati adalah Paris.
Aku pun tunjuk la gambar2 aku Honeymoon percuma kat Paris dulu.
Bezanya aku pergi percuma.
Dia pergi korek duit simpanan.

En Samhan.
Orang yang sangat minat berniaga.
Semua jenis perniagaan dia dah ceburi bersama isterinya
termasuk perniagaan yang aku buat sekarang ni.
Macam2 dia cerita kat aku tapi itu semua cerita lama.
Cara lama strategi lama.
Yang pasti dia tak tahu pasal Akademi Taipan.
Dia tak tahu bahawa Akademi punya cara dan strategi yang sangat cantik.
En Samhan merupakan kenalan rapat kepada mentor aku CDM Kamaruddin.
Dah lama mereka berkawan rupanya.
Dari zaman Abg Din masih bekerja sebagai guru.
Dari zaman Abg Din bawa kereta Honda Accord.
Dari zaman pendapatan Abg Din RM20,000 sebulan.
Waktu tu pakar motivasi Akademi Taipan
CDM Faridah pun baru buat bisnes ni.
Rasanya kalau aku sebut nama En Samhan ni mesti Abg Din dan Kak Dah kenal dia.
Cuma mungkin belum rezeki dia la masa tu.
Aku yakin kalau masa tu dia rebut peluang ni
dia buat sungguh2 tanpa putus asa
dah tentu sekarang dia pun duduk sebaris dengan otai2 dalam Akademi ni.
Tapi takpe la itu cerita lama.
Sekarang buka buku baru.
Cerita baru.
Lembaran baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...