Monday, 10 October 2011

Tahniah Buat Dia

Hari ni dapat seorang lagi rakan niaga baru.
Lepas kerja tadi aku terus pergi jumpa dia.
Mohd Helmi.
Baru berusia 2o tahun.
Anak muda yang punya wawasan.
Kini bekerja di Jabatan Pertahanan Awam.
Cuti hujung minggu pun dia bekerja part time.
Nak kumpul duit katanya.
Fokus aku untuk bantu dia.
Dia sedang tercari2 peluang menambah sumber pendapatan.
Kalau nak suruh aku bagi duit kat dia memang aku tak mampu la.
Tapi aku bersyukur sangat2 sebab diberi peluang
untuk bantu dia menjana pendapatan tambahan setiap bulan.

Ni la kedai aku. Boleh bawa ke mana2.

Lokasi pertempuran kali ni di Satay Willy, Sg Ramal.

Pekena dulu kasi naik semangat demo. 

Semangat punya pasal terus sign. 

Dana Sementara Akademi Taipan.

Benda ni memang kena buat.
Kalau duk tengok je memang tak dapat apa2.
Dia ni dah lama sebenarnya jadi tukang tengok
jadi tukang komen
jadi tukang kritik.
Dah ramai pun kawan2 dia yang dah berjaya dalam bisnes ni.
Yang gagal pun apa kurangnya.
Pilihan di tangan dia sendiri.
Nak ikut yang gagal atau nak ikut yang berjaya.
Dah tentu dia nak ikut yang dah berjaya.
Masalahnya cuma dia takut.
Takut gagal.
Takut kecundang.
Takut kecewa di tengah jalan.
Dia tak sedar yang dia sebenarnya sangat bertuah
sebab di sekeliling dia dah ada yang berjaya.
Dia dah nampak jalan terbentang luas di depan mata.
Dia dah nampak kawan2 dia berlumba2 mengejar kejayaan.
Dia dah nampak kawan2 dia berlari jauh meninggalkan dia.
Dia dah nampak kawan2 dia telah berada di puncak kejayaan.
Dia hanya perlu ikut je.
Tapi kenapa dia masih kat situ??
Sebab
dia sedang duduk selesa dalam balang kaca besar yang dia bina sendiri.
Dia boleh nampak dari dalam semua yang berlaku di luar sana.
Tapi dia tak mampu buat apa2 selagi balang kaca tu tak dipecahkan.
Mana mungkin dia boleh keluar
mana mungkin dia boleh berjaya selagi balang kaca tu belum dipecahkan.

Pecahkan balang kaca tu dulu
biar hancur berderai semuanya.
Balang tu la sebenarnya ketakutannya.
Balang tu la sebenarnya penghalang untuk dia berjaya.
Bila dah pecah baru dia boleh keluar
baru dia bebas untuk menyusuri jalan yang terbentang luas tu
jalan yang selama ni dia hanya mampu tengok je
jalan menuju ke puncak kejayaan.
Tahniah kerana hari ni dia telah berjaya pecahkan balang kaca tu.

Wahh kamain berfalsafah lagi aku kali ni. hehee..
Semangat punya pasal.
Mana tak nya dah ramai sangat aku jumpa orang terutamanya anak melayu
yang takut nak berubah.
Kalau kita takut, sepatutnya kita kena kejar ketakutan tu.
kalau tak sampai bila2 kita tetap takut.
Misalnya kalau takut hantu, kita kena kejar hantu tu.
baru la nanti kita tak takut hantu. hahaha
  


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...