Wednesday, 12 October 2011

Semalam Punya Cerita

Semalam aku agak sibuk sikit.
Macam2 aktiviti yang aku kena buat.
Tengahari semalam aku jumpa 2 orang rakan niaga baru aku
bincang pasal gerak kerja seterusnya
gerak kerja ke DSM
gerak kerja untuk dapat pendapatan 5 angka.
Petang pulak lepas kerja aku pergi jumpa kawan baru
yang aku kenal kat Suruhanjaya Pilihanraya, Parcel C.
Jumpa sekejap je borak2 biasa.
Lepas tu aku balik rumah ambil isteri dan anak
bawa pergi shopping2 sikit.
Malam pulak lepas Isyak aku terus ke USJ Taipan.
Rakan niaga aku Danny dan CC Hamid pun turun sama.
Kamain riak lagi mereka kali ni sebab berjaya sampai ke USJ langsung tak sesat.
Dah hafal jalan katanya.
Tahniah2.
Sampai je sana aku settlekan barang2 yang orang kirim dulu.
Penuh jugak la bonet kereta aku.
Kemudian baru aku pergi jumpa Danny dan CC Hamid
yang tengah sedap makan tak ingat kawan2 kat Restoran Cina Muslim. hahaha..
Apapun TQ la Danny sebab belanja.
maklumlah tengah berwang kan.
Selesai makan kami nak naik atas ke Bisnes Preview Akademi Taipan
tiba2 otai CDM Kamaruddin datang lepak semeja.
Wahh memang rezeki la dapat curi ilmu dari dia.
Borak sakan sampai setengah jam berlalu pun tak sedar.
Macam2 la isu yang keluar.
Nanti aku kongsikan dalam entry yang lain apa yang kami borakkan malam tadi.

Waktu tengah syok layan Bisnes Preview kat atas
tiba2 aku dapat call dari member bank rakyat
Ermie Izwan Md Shah.
Adik kepada rakan niaga baru aku Ermiza Wati Md Shah
Dia dah tunggu aku kat Restoran Makbul
nak tahu peluang perniagaan yang Akademi tawarkan.

Aku demo seperti biasa.
Fokus aku untuk kasi dia faham sepenuhnya.
Fantasi dan realiti dalam dunia perniagaan.
Alhamdulillah nampak dia sangat positif.
Dia dah banyak pengalaman.
Sebelum ni dah macam2 perniagaan dia buat.
Namun kali ni InsyaAllah akan bersama dan bersatu
dalam Akademi Taipan 181.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...