Monday, 17 October 2011

Masa, Tak Pernah Rehat

Masa sentiasa bergerak
sentiasa berlalu pergi.
Ia tak pernah rehat dan tak pernah berhenti.
Ia tak pernah kenal cuti
dan tak pernah kenal penat.
Yang rehat, cuti dan penat adalah manusia.
Oleh itu beringatlah
setiap kali kita leka dan lalai,
masa seringkali memerhatikan kita kerana ia tak pernah lalai.
Berhati2lah supaya kita tidak dikalahkan oleh masa.

Allah juga menyebut 1 prinsip yang paling asas dalam penggunaan masa iaitu
setiap orang berada dalam kerugian
kecuali mereka yang melakukan 4 perkara :
Beriman dan mempunyai keyakinan yang teguh
Melakukan amalan yang baik
Berpesan2 atas kebenaran
Berpesan2 atas kesabaran.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...