Thursday, 27 October 2011

Tak Sabar Tunggu Esok

Sebenarnya aku tak sabar2 nak tunggu esok.
sebab banyak benda yang aku dah rancang nak buat.
Banyak benda yang nak diselesaikan.
Semuanya benda yang best2
yang happy2
yang enjoy2.

Pagi esok kat opis ada mesyuarat yang memang aku tunggu2.
Banyak isu yang harus dibangkitkan.
Dah terlalu lama simpan.
Dah terlalu lama takde jalan penyelesaian.
Tengahari pulak sebelum solat jumaat nak bawa bakal rakan niaga pergi Maybank.
Transfer pakej.
Petang pulak lepas kerja nak bawa abg ipar pergi USj Taipan.
Swap pakej.
Malam memang aku free.
Ingat nak bawa anak aku pergi Funfair kat Ampang
Tu pun kalau tak hujan la.
Mudah2an semua yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Itu cerita pasal esok.
Hari ni takde cerita apa sangat.
Biasa2 je.
Sekarang ni aku masih di rumah mak mertua aku.
Baru balik dari jumpa Danny dan CC Hamid kat Maulana Sri Serdang.
Memang dah dekat dengan rumah mertua aku.
Kami bincang apa2 yang patut.
Sebenarnya dari maghrib tadi aku dah ada kat sini.
Ada buat majlis sikit.
Untuk keluarga2 je.
Majlis yang tak dirancang.
Nanti la ada masa aku share kemudian.
InsyaAllah aku akan upload gambar sekali.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...